Tanpa mengenakan asas pun wajah boleh terlihat berseri-seri dan manis bila apply pemerah pipi.
Siap dekat sini yang memang tak boleh tinggalkan pemerah pipi setiap kali bersolek. Diletaknya di pipi, hidung, atas bibir, untuk nampak cantik manis.
Kalau kamu sedang mencari pemerah pipi yang best, jenama satu ini boleh dipertimbangkan. Bukan biasa-biasa, BITE Beauty Daycation Whipped Blush merupakan pemerah pipi vegan dari ekstrak buah betik.
Pemerah Pipi Hasilkan Look Bercahaya Paling Menawan
Daycation Whipped Blush adalah pemerah pipi yang bersih, vegan, tahan lama, dan pelbagai guna. Tersedia dalam 4 warna yang mudah digunakan serta menghasilkan look bercahaya idaman setiap wanita.
- Foto – Bite
Daycation memberikan pipi yang sihat dan berseri, juga dapat digunakan pada kelopak mata untuk penampilan menawan.
Esktrak Betik Bantu Kulit Jadi Lebih Glowing
Disertakan dengan ekstrak buah betik yang mengandungi sifat enzimatik untuk membantu mempromosikan kulit yang bersinar.
- Foto – Bite
Daycation Whipped Blush tidak komedogenik, ringan untuk penampilan semula jadi dan tidak menampakkan solekan cakey, tahan sepanjang hari.
Tekstur Daycation yang sejuk bila disentuh memberi kesegaran pada kulit. Formula tahan luntur blend dengan cepat memberi kemasan bercahaya dan seksi.
https://www.instagram.com/p/COtc-yuglJ4/
BITE Beauty Daycation Whipped Blush (RM 147) sekarang sudah berada di Sephora.my.