Sanggupkah kamu minum air warna hijau seperti warna algae demi kecantikan dan kesihatan?
Jika ya, kamu memang hebat! Kerana sekarang ini di TikTok, trend minum air chlorophyll sangat mendapat sambutan dikalangan pengguna TikTok.
Jadi apa yang membuatkan ramai pengguna TikTok begitu taksub dengan minuman air chlorophyll ini? Kalau nak tahu lebih lanjut, teroka jawapannya di bawah.
Bagus Untuk Penghadaman, Kembung Perut Dan Anti Keradangan
Meminum air chlorophyll bagus untuk sistem penghadaman badan, masalah kembung perut dan juga ia bertindak sebagai anti keradangan.
Tambahan lagi, pakar perubatan juga mengesahkan manfaat yang terdapat dalam chlorophyll ini dan ini menunjukan amalan meminum air chlorophyll sangat digalakkan bagi yang ingin kecantikan luar dan dalam.
@doctoryoun #duet with @ashhleyann Can chlorophyll help flatten your tummy? #chlorophyll #chlorophyllwater #bloating #digestion #holistichealth
Kurangkan Masalah Jerawat
Bagi yang mempunyai masalah jerawat, kamu boleh mencuba mengamalkan minum air chlorophyll ini kerana ia juga berkesan untuk mengurangkan jerawat yang terdapat di permukaan kulit muka jika minum secara konsisten.
Dalam masa yang sama, air ini juga dapat menangani masalah keradangan, breakout dan masalah hormon dalam badan dan sekaligus dapat meningkatkan kesihatan kulit.
@doctoryoun Why Chlorophyll Water Can Improve Your Skin… But What’s Better? #learnontiktok #tiktokpartner #chlorophyll #chlorophyllwater #acne
Sebagai Detox Dan Membuatkan Kulit Licin Berseri
Sibuk cari air detox, tak payah susah-susah kerana minum air chlorophyll ini juga dikira sebagai air detox dan amalan meminum air hijau ini dapat membuatkan kulit jadi licin berseri serta tampak awet muda sepanjang masa.
@lenamaiah The wink was to distract you from the spill. Did it work? 🙄 #skincare101 #chlorophyll #acnehelp #hormonalacne #glowyskin #healthylifestyle #clearskin
Kaya Dengan Vitamin Dan Antioksidan
Pengkaji juga menyatakan bahawa meminum air chlorophyll sangat bagus kerana ia kaya dengan vitamin A, C, E, K, tinggi antioksidan, mampu mencegah kanser, dan memerangkap toksin besi berbahaya seperti mercury dan aluminium.
https://www.tiktok.com/@doctorjanine/video/6951411991374269702?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menanggalkan Bau Badan Dan Bagus Untuk Metabolisma Tubuh
Kamu mempunyai masalah bau badan, minum air chlorophyll dapat menghilangkan bau badan dan dalam masa yang sama air ini juga dapat meningkatkan metabolisma tubuh badan jika rajin meminumnya.
@natural_natosha She has her stitches off but @vanessatiiu maybe try cell molecular biology #chlorophyll #bodyodor #natural #fyp #fup #wellness #antioxidants #skin 
Kalau tak gemar minum air chlorophyll kamu boleh banyakkan makan sayur-sayuran hijau seperti bayam, kacang hijau, parsley, brokoli, asparagus, spirulina, teh hijau dan banyak lagi sumber chlorophyll lain boleh kamu ambil.
Pendek kata sumber chlorophyll terdapat dalam makanan seperti ini, dan dengan mengamalkannya dapat membuatkan kulit menjadi cantik jelita, bersih, serta paling penting sihat secara luaran dan dalaman.