Mula viral di Twitter apabila ada segelintir pengguna melihat posting seorang influencer Itali yang telah menciplak video muzik “DDU-DU-DDU-DU” oleh BLACKPINK.
Chiara Nasti yang mempunyai pengikut hampir 2 juta di Instagram bakal melakukan penjenamaan semula iaitu daripada Nastilove kepada Nastilove Area.
Menerusi posting di Instagram peribadinya, influencer ini telah memuat naik beberapa keping gambar dan video kempen jenamanya itu.
Menciplak Sebahagian Besar Set MV
Melalui kempen tersebut, pihak Chiara telah menciplak sebahagian besar iaitu beberapa babak yang melibatkan BLACKPINK Jennie dan BLACKPINK Lisa.
Selain itu, jenamanya itu juga telah menggunakan konsep yang sama iaitu merah jambu dan juga beberapa props yang sama seperti dalam video muzik itu.
Antara babak yang diciplak secara langsung ialah:
- BLACKPINK Jennie yang membawa beberapa shopping bags yang memakai pakaian berwarna putih bersama dengan topi wide-brimmed.
- Bagi versi Chiara pula, dia memakai warna pakaian yang sama dengan memakai topi wide-brimmed sambil membawa beberapa shopping bags.
- Malah kempen Chiara juga menggunakan lantai papan catur yang bersaiz sedikit kecil daripada yang digunakan dalam scenes BLACKPINK Jennie.
- Kemudian, sebahagian besar set Nastilove Area juga telah menggunakan peti besi yang sama seperti scene BLACKPINK Lisa.
- Dari hiasan berwarna merah jambu, pintu peti besi sehinggalah pedang, memang semuanya sama seperti babak rap penyanyi tersebut.
Apabila keseluruhan set kempen ini menciplak video muzik BLACKPINK, kebanyakan orang mula mempertikai dan berasa ragu-ragu dengan jenama influencer ini.
“Mesti jenama Nastilove Area itu pun diambil daripada “BLACKPINK In Your Area”, betul tak?”
Blinks Lakukan ‘Pemburuan’ Secara Besar-Besaran
Di Twitter memang kecoh apabila Blinks mula melancarkan kempen secara besar-besaran untuk melaporkan isu ciplak ini melalui e-mel kepada YG Entertainment.
Walaupun gambar dan video di IG Stories Chiara sudah berakhir, tetapi beberapa syarikat berita di Itali memandang serius mengenai laporan yang dibuat oleh peminat BLACKPINK.
An Italian influencer is launching a brand called "nastilovearea" plagiarizing DDU-DU DDU-DU M/V
That's why we ask for your help, reporting it to YG.
Please write an email to withygfan@ygmail.net with the text and the collage that you can find here:https://t.co/XXrk1jcwGx pic.twitter.com/yiWvn1jaO5
— BLACKPINK ITALIA🇮🇹 (@_blackpinkita) April 14, 2021
Melihatkan perkara ini menjadi viral di seluruh dunia, syarikat YG Entertainment dan pihak Chiari Nasti tidak memberikan sebarang komen dan ulasan mengenai keadaan itu.
Selain itu, ada juga beberapa peminat BLACKPINK memberikan pandangan dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kempen influencer tersebut.
https://twitter.com/jenniesysl/status/1382470119302041601
can you please take action @ygent_official ??? she is clearly stealing @BLACKPINK concepts https://t.co/KBCXBnOHSU
— JISOO FLOWER IS OUT NOW🌹♥️ (@_demibandwout) April 14, 2021
https://twitter.com/liphyck/status/1382383559030272001
This is not you call "inspiration", this literally stealing and the worst thing not giving a credt to YG???.. Blinks report https://t.co/bMEiT2XiU5
— venom #becky🦋 (@LiIivoguez) April 14, 2021
https://twitter.com/jisooandthekid/status/1382377959047057409
Tak mengapa jika mahu jadikan video muzik BLACKPINK sebagai inspirasi. Tetapi jika menggunakan dan menciplak secara langsung untuk dijadikan sebagai jenama sendiri adalah salah.
Apa-apa pun, Wanista harap YG Entertainment memandang serius akan hal ini.