“Kenapa ada misai halus tumbuh di wajah”?
Mula tanya pada diri, normal ke bila wanita memiliki misai dan jambang? Jangan terkejut kerana ini memang terjadi.
Wanita mempunyai bulu di wajah dan badan, tetapi biasanya sangat halus dan warnanya tidak kelihatan. Wanita yang miliki misai atau jambang pula adalah adalah satu kondisi yang dinamakan hirsutisme.
Kenali Wanita Bermisai Yang Disebut Hirsutisme
Hirsutisme adalah kondisi pertumbuhan bulu berlebihan yang terjadi pada wanita. Kondisi ini biasa berlaku kesan daripada genetik. Jika ibu atau kakak kamu ada, maka kemungkinan besar kamu boleh mengalaminya.
- Foto – Tribunnews
Kondisi ini lebih banyak ditemui berlaku kepada masyarakat yang tinggal di kawasan Asia Tenggara, Timur Tengah dan Mediterranean. Dan secara lahiriahnya, bulu-bulu ini tidak dianggap perkara biasa bagi wanita.
Kenapa Wanita Tumbuh Bulu Yang Berlebihan Atau Tidak Diingini
Wanita yang tumbuh bulu di badan atau wajah secara berlebihan kerana tahap androgen lebih tinggi daripada biasa, termasuk testosteron.
- Foto – Lifestyle
Semua wanita menghasilkan androgen, tetapi tahapnya biasanya rendah. Keadaan perubatan tertentu boleh menyebabkan wanita menghasilkan terlalu banyak androgen.
Nota : Penghasilan hormon seks lelaki (androgen) khususnya testosteron. Untuk pengetahuan anda, semua wanita akan menghasilkan testosteron, walaupun kebiasaannya ia adalah dalam jumlah yang jauh lebih kecil berbanding lelaki.
Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
PCOS adalah salah satu penyebab umum hirsutisme. Benign cysts yang terbentuk pada ovari boleh mempengaruhi pengeluaran hormon, menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan penurunan kesuburan.
- Foto – Medicine Net
Menurut Office of Women’s Health, wanita dengan PCOS sering mengalami jerawat sederhana hingga teruk dan cenderung berlebihan berat badan.
Gangguan Kelenjar Adrenal
Bentuk ketidak seimbangan hormon lain yang menyebabkan pertumbuhan bulu berlebihan termasuk gangguan kelenjar adrenal ini.
- Foto – Kepo
Kelenjar adrenal, terletak tepat di atas buah pinggang anda, bertanggungjawab untuk pengeluaran hormon.
Gejala gangguan kelenjar adrenal termasuk, tekanan darah tinggi, kelemahan tulang dan otot, berat badan berlebihan di bahagian atas badan, sakit kepala dan kadar gula darah tinggi atau rendah
Amalan Ubat-Ubatan
Pertumbuhan bulu di badan atau muka yang berlebihan juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubat berikut:
- Minoxidil, yang digunakan untuk merangsang pertumbuhan rambut
- Anabolic Steroid, yang merupakan variasi sintetik testosteron
- Testosteron, yang boleh diambil sekiranya kekurangan testosteron
- Cyclosporine, ubat imunosupresan yang sering digunakan sebelum pemindahan organ
- Foto – Time
Walaupun ia dikatakan satu kondisi yang normal, jika anda ada simptom yang teruk seperti penyakit di atas, sila segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat rawatan lanjut.
Hirsutisme boleh dirawat tapi bergantung kepada punca dan tahap lebat pertumbuhan bulu. Anda boleh sahaja menghilangkan bulu dengan cara yang paling mudah iaitu mencukur atau mencabut.
Nak buang bulu – Tips Cantik! Anda Digelar Perempuan Bermisai? Ini 7 Cara Buang Bulu Halus Sekitar Bibir
Selamat Beramal!