Pejam celik tidak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan dan sementara bulan puasa belum menyapa lagi, ramai wanita membuat keputusan untuk mencari baju raya awal-awal.
Apatah lagi kini, banyak butik-butik pakaian jenama tempatan sedang berlumba-lumba mengeluarkan koleksi pakaian raya masing-masing.
Berikut merupakan butik-butik popular di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, yang sering wanita serbu untuk dapatkan koleksi busana raya diri dan seisi keluarga.
Sabella
- Foto – Sabella
Dengan hashtag #bajutanpagosok jenama Sabella mula menjadi perhatian ramai tahun ini, sambutan luar biasa pelanggan tetap Sabella cukup menggemparkan kerana fabrik busana yang dihasilkan tidak perlu di seterika.
Keunikan busana tanpa seterika ini telah menjadi pilihan utama kaum wanita yang mencari pakaian raya, butik ini merupakan salah satu hub wajib wanita untuk dapatkan koleksi pakaian raya tahun ini.
Media Sosial: Instagram Ι Facebook Ι Website
CalaQisya
- Foto – Instagram CalaQisya
Sebut saja butik CalaQisya, pasti terbayang-bayang sentuhan fabrik lembut, selesa dan rekaan busana yang eksklusif di minda.
Apatah lagi, butik ini juga telah mengeluarkan koleksi busana raya buat wanita yang ingin mencari pakaian raya awal tahun ini.
Media Sosial: Instagram Ι Facebook Ι Website
Altelia Amani
Butik Altelia Amani menyediakan koleksi busana sedia untuk dipakai (ready to wear), menariknya rekaan yang dikeluarkan cukup mengena dengan citarasa wanita moden masa kini.
Setiap koleksi busana yang dikeluarkan, terutama koleksi raya pasti akan membuatkan ramai wanita ingin segera mendapatkannya.
Media Sosial: Instagram Ι Facebook
Bella Ammara
- Foto – Instagram Bella Ammara
Rekaan busana raya yang versatil dan eksklusif dari Bella Ammara, merupakan salah satu butik yang sering dikunjungi bagi mencari busana berkualiti terutamanya busana raya.
Penggunaan fabrik yang berkualiti tinggi dengan tawaran harga yang berpatutan menjadikan butik ini, destinasi wajib dijejaki kaum wanita.
Media Sosial: Instagram Ι Facebook Ι Website
Naelofar
- Foto – Facebook Naelofar
Satu jenama yang tidak asing di Malaysia, setiap rekaan hijab dan busana yang dikeluarkannya memukau mata dan jiwa wanita.
Fabrik yang lembut, berkualiti dan potongan busana yang menarik menjadikan ia antara jenama butik yang paling digilai ramai wanita.
Apatah lagi, koleksi sempena raya tahun ini juga cukup bergaya dengan kombinasi hijab dan busana sedondon, pastinya menjadi pilihan wanita Muslimah untuk sambutan Aidilfitri 2021 ini.
Media Sosial: Instagram Ι Facebook Ι Website
CaryaZara
- Foto – Facebook CaryaZara
Pening cari baju raya sedondon untuk satu keluarga? Butik CaryaZara ada penyelesaiannya, kini CaryaZara sedang hangat mempromosikan koleksi busana raya 2021 untuk seisi keluarga.
Dengan pelbagai pilihan warna dan rekaan koleksi raya tahun ini, pasti akan membuatkan wanita jadi rambang mata.
Media Sosial: Instagram Ι Facebook Ι Website
Minimalace
- Foto – Minimalace
Bagi yang ingin mencari busana raya minimalis dengan kombinasi lace, maka butik Minimalace ini adalah destinasi pilihan terbaik buat kaum wanita.
Setiap koleksi busana raya yang dipamerkan cukup memukau jiwa dengan sentuhan feminin polos, menjadikan ia antara koleksi fesyen raya yang menarik perhatian wanita tahun ini.
Media Sosial: Instagram Ι Facebook Ι Website
- Foto – Facebook
Nampak gaya banyak butik-butik popular ini telah bersedia dari awal untuk sambutan Aidilfitri 2021, banyak koleksi busana raya telah mula ditayangkan.
Dengan promosi dan tawaran harga yang menarik, wanita mana yang tidak mahu lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi rekaan yang diingini dengan harga yang berpatutan kan?
Jadi bagi yang ingin mencari busana raya awal, cubalah jengah butik-butik yang Wanista senaraikan di atas ini.
Selamat membeli-belah♥