Pernah terfikir tak, fobia apa lagi yang wujud di dunia ini? Pastinya terdapat banyak jenis-jenis fobia, yang kita semua tidak tahu-menahu bukan?
Bukan itu saja, pastinya kita sendiri tidak pernah menyangka bahawa wujud fobia-fobia pelik dan unik di pelosok dunia ini.
Nak tahu apakah jenis-jenis fobia pelik, unik dan tidak pernah diketahui ramai, teroka misteri jenis-jenis fobia bersama Wanista di bawah.
#1 Plutophobia – Takut Pada Kekayaan/Duit
- Foto – Rojak Daily
Jangan pelik, fobia ini memang benar-benar wujud, hal ini berlaku bila mana individu tersebut merasakan mereka takut pada kekayaan yang dimiliki oleh orang lain ataupun takut menjadi kaya.
#2 Xanthophobia – Takut Pada Warna Kuning
- Foto – Marin Independent Journal
Fobia yang ini pula, mereka tidak boleh melihat langsung mana-mana objek, kenderaan, pakaian, dan makanan yang berwarna kuning di depan mata.
#3 Hippopotomonstrosesquippedaliophobia – Takut Pada Perkataan Panjang
- Foto – Vitals Marts India
Panjang betul nama fobia yang satu ini, fobia ini pula merupakan rasa takut menyebut perkataan yang panjang kerana khuatir akan membuatkan diri berasa malu bila mana tersalah sebut perkataan panjang.
#4 Arachibutyrophobia – Takut Mentega Kacang Melekat Pada Lelangit Mulut
- Foto – Cleveland Clinic
Bagi penggemar mentega kacang tak ada masalah, tapi bagi yang tidak mereka merasakan menjamah sedikit saja mentega kacang mampu membuat mereka tercekik dan melekat pada lelangit mulut.
#5 Nomophobia – Takut Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon
- Foto – Vulcan Post
Kedengaran pelik, tetapi memang ada segelintir individu yang rasa tidak boleh hidup tanpa telefon pintar di tangan mereka dan akan menyebabkan berlaku anxiety yang teruk jika tiada telefon di sisi.
#6 Alliumphobia – Takut Pada Bawang Putih
- Foto – Pinterest
Individu yang mengalami fobia ini pula, langsung tidak boleh menghidu apatah lagi memakan makanan yang mengandungi bawang putih.
Jika termakan juga, kesannya mereka akan mengalami masalah pernafasan dan menggeletar satu badan.
#7 Phobophobia – Takut Mengalami Fobia
- Foto – The Mirror
Fobia yang ini pula berlaku bila mana sesetengah individu berasa takut diri mereka mengalami fobia, perasaan anxiety yang terlalu ekstrem membuatkan mereka menghadapi fobia ini.
#8 Ablutophobia – Takut Nak Mandi Dan Bersihkan Diri
- Foto – Plush Beds
Fobia takut nak mandi dan bersihkan diri ini biasa dialami oleh kanak-kanak, mereka berasa mudah cemas dan takut hingga membuatkan mereka takut pada air juga.
#9 Dextrophobia – Takut Pada Objek Yang Terdapat di Sebelah Kanan
- Foto – Bridge Stone Tires
Dextrophobia ini pula merupakan ketakutan pada mana-mana objek yang terdapat pada sebelah kanan, perasaan akan jadi lebih cemas apabila ada kenderaan lalu di sebelah kanan mereka.
Dan merasakan objek tersebut boleh menyebabkan kenderaan mereka terbalik atau musnah.
#10 Neophobia – Takut Pada Benda Dan Pengalaman Baru
- Foto – Elite Daily
Bukan semua orang boleh adaptasi di tempat, suasana dan pengalaman baru, segelintir individu tidak pandai berasimilasi hingga menyebabkan mereka berasa takut untuk berkenalan dengan rakan baru dan menerima tempat baru.
- Foto – Exploring Your Mind
Pelik tapi benar, itulah yang boleh diungkap apabila melihat jenis-jenis fobia yang wujud di dunia ini. Tambahan lagi, dunia ini kan luas, pastinya ada kewujudan fobia yang kita tidak tahu betul tak?
Dengan mengetahui kewujudan jenis-jenis fobia ini, kamu secara tidak langsung akan berhati-hati agar tidak mengalami masalah fobia seperti di atas.
Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat, selamat beramal♥