Sedapnya makan sambal goreng sayur sebagai menu makan tengah hari dan makan malam, nak buat pun senang dan paling penting bahan-bahannya juga tak leceh nak sediakan!
Nak tahu bagaimana nak masak sambal goreng sayur sesedap resepi air tangan ibu, kenalah cuba masak di rumah.
Bahan-bahan untuk di kisar
- 1 inci lengkuas di kikis
- 1 batang serai
- 1 inci halia
- 6 ulas bawang putih
Bahan-bahan lain
- 250 gram sayur kacang buncis
- 500 gram daging yang telah di rebus
- 1 kilo udang
- 400 gram tempe yang di potong dadu
- 1 keping tauhu di potong dadu
- 100 gram cili boh
- 3 biji kentang di potong
- 3 batang cili merah di hiris kasar (hiris sederhana kecil)
- 1 biji bawang merah besar di hiris
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar belacan
- Gula secukup rasa
- Segenggam asam jawa di rendam dalam air
- Foto – Facebook Sujimy Mohamad
Cara memasak
- Mula-mula tuang minyak masak dalam 3-4 senduk, selepas itu masukkan kentang dan goreng hingga masak.
- Kemudian sambung menggoreng tempe, masak tempe hingga masak dan garing.
- Selepas itu sambung menggoreng tauhu pula, masak tauhu hingga kekuningan atau garing..
- Selesai goreng kentang, tempe dan tauhu, tibalah masa untuk menggoreng udang pula. Goreng udang sehingga masak warna oren.
- Guna kuali yang lain pula, masukkan satu senduk minyak masak dan tumis bawang besar, cili boh, belacan, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Tumis bahan-bahan sehingga sebati dan rasa dari masa ke semasa, sama ada rasa sambal kena dengan citarasa diri.
- Kemudian masukkan daging yang telah di rebus awal-awal tadi, dan gaul rata bahan-bahan.
- Selepas itu masukkan udang dan gaul rata bersama bahan-bahan dalam kuali, kemudian masukkan tempe, tauhu, kentang yang telah di goreng awal tadi.
- Kemudian masukkan sayur kacang buncis dan cili merah, gaul ke semua bahan-bahan hingga rata dan masak.
- Sambal goreng sayur siap dan sedia untuk di makan bersama nasi panas!
Selamat mencuba♥
Kredit: Facebook Sujimy Mohamad