Selalu kita lihat kebanyakkan rambut selebriti wanita kelihatan cantik berkilat, kemas tersusun dan kelihatan lembut sepanjang masa.
Kalau nak tahu rahsia kecantikan rambut para selebriti ini bergantung pada spray rambut yang mereka gunakan, dan pastinya spray rambut yang digunakan bukan biasa-biasa!
Ini antara jenama spray rambut terkemuka yang ramai para selebriti gunakan.
#1 Balmain Paris Volume Mousse Strong RM179
- Foto – Pinterest/Balmain Paris
Ramai jururias profesional dan para selebriti menggunakan spray dari Balmain Paris ini, kerana ia melindungi dan membaiki rambut sambil mendandan rambut mengikut gaya yang diingini.
#2 Shu Uemura Sheer Lacquer Micro Finishing Spray RM158
- Foto – Pinterest/Shu Uemura
Spray rambut ini membuatkan rambut kekal dan cantik terletak sepanjang hari meski selebriti sibuk dengan persembahan dan acara, gaya rambut tetap kekal seperti awal bertatarias.
#3 IGK Call Time Styling Primer RM135
- Foto – Pinterest/Sephora
Jenama yang sering menjadi pilihan ramai jururias dan selebriti kerana penyerapan pantas dalam akar rambut, tahan panas, cantik terletak dan mudah membuat apa jua gaya rambut dengan spray rambut ini.
#4 Ouai Texturing Hair Spray RM114
- Foto – Pinterest/Sephora
Ramai selebriti yang mempunyai rambut yang berketak, kering dan berminyak, pasti akan menggunakan spray rambut ini bagi mendapatkan rambut yang cantik dan berseri.
#5 Toni&Guy Volume Plumping Mousse RM98
- Foto – Ubuy
Spray rambut ini membuatkan rambut selebriti beralun dan tampak ringan meskipun rambut lebat dan panjang, jadi tidak hairanlah ramai selebriti menggunakan spray rambut ini.
Meski harga spray rambut yang digunakan mahal-mahal, tetapi hasil yang didapati sangat bagus dan berbaloi untuk dibeli apatah lagi mereka mampu untuk mendapatkannya betul tak.
Ada yang berkenan nak dapatkan spray rambut seperti di atas?