Kalau perasan rambut bangs Lisa Blackpink sentiasa statik saja, apatah lagi semasa Lisa menari rambut bangsnya kekal terletak dan tak pernah nampak kusut pun. Agaknya apa rahsia rambut Lisa jadi macam statik macam itu ya?
Sudah miliki rupa paras yang jelita, senyuman yang manis, malah rambut pun serba serbi elok saja, tak pernah nak tak elok dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pendek kata Lisa miliki pakej terbaik sebagai selebriti dan juga individu biasa.
- Foto – Google
Nah, berbalik kepada persoalan macam mana Lisa boleh jaga rambut bangsnya hingga jadi statik? Jom korek rahsia Lisa di bawah!
Step By Step Cara Dapatkan Rambut Bangs Macam Lisa Blackpink
- Bangun pagi sebelum pakai mekap, roll rambut bangs.
- Kemudian blow dry rambut bangs yang sedang di roll tersebut.
- Selepas itu sembur spray rambut pada akar rambut secara lembut.
- Kemudian guna spray rambut yang lain khas untuk bahagian hujung bangs.
Kompilasi Rambut Bangs Lisa Blackpink
#1 Hot Dan Seksi
- Foto – Arkib Wanista
#2 Sentiasa Kelihatan Menawan
- Foto – Arkib Wanista
#3 Forever Lisa
- Foto – Arkib Wanista
Rupanya senang saja nak dapatkan rambut bangs yang terletak cantik macam Lisa, ini rahsianya. Lepas ini mana-mana wanita yang miliki rambut bangs, boleh guna tips rambut bangs Lisa Blackpink untuk dapatkan rambut bangs cantik terletak!
Selamat mencuba♥