Apa kamubuat dengan baki buah tembikai yang tak habis di makan, adakah dibuang terus atau simpan dalam peti sejuk dan sambung makan keesokan hari?
Rata-rata kebanyakannya orang akan menyimpan baki buah tembikai dalam peti sejuk daripada membuang buah tersebut.
Tapi apa yang menjadi masalah di sini adalah apabila kamu makan buah tembikai yang disimpan dalam peti sejuk sama ada semalaman atau dua hari kemudian, ia boleh memberi mudarat pada kesihatan.
Kesan Makan Tembikai Terbiar Lama Dalam Peti Sejuk
Untuk makluman semua apa jua makanan tidak bagus di simpan lama dalam peti sejuk, ia akan memberi kesan pada si pemakan jika memakan makanan yang sudah terbiar lama. Ini antara mudarat atau kesan yang boleh berlaku pada diri kamu.
#1 Tubuh Jatuh Sakit
Kamu tidak sedar buah tembikai yang disimpan dalam peti sejuk sudah dicemari dengan kuman dan bakteria, kerana tidak disimpan dengan betul dalam peti sejuk. Sudahlah tercemar dengan bakteria, kamu makan pula buah tembikai yang sudah dua ke tiga hari terbiar dalam peti sejuk.
Kesannya kamu mengalami tanda-tanda seperti demam, rasa sejuk satu badan, pandangan mata jadi kabur, rasa lemah pada kedua-dua kaki dan tubuh menggigil satu badan.
#2 Nyawa Hampir Melayang!
Kes yang paling teruk pernah dilaporkan adalah di mana si pemakan buah tembikai terbiar lama dalam peti sejuk mengalami “shock blood pressure”, di mana tubuh mangsa tersebut dijangkiti bakteria dengan jumlah yang lebih banyak dari normal.
Bakteria tersebut memasuki saluran darah daripada usus kemudian menyebabkan berlaku sepsis dan septic shock pada tubuh mangsa, hingga menyebabkan nyawa mangsa hampir melayang.
Fakta Pembiakan Bakteria
- Menurut profesor dari Universiti Agrikultur China, pembiakan atau tumbesaran bakteria berlaku kerana dua faktor iaitu peti sejuk yang kotor dan tidak bersih, dan satu lagi faktor adalah suhu yang terlalu tinggi dalam peti sejuk.
#3 Usus Rosak Dan Harus Dibuang
Terdapat satu lagi kes di mana lelaki berusia 70 tahun didiagnos menghidap “necrotising enterocolitis (NEC)”, di mana sebahagian ususnya menjadi rosak dan mati selepas memakan buah tembikai yang terbiar lama dalam peti sejuk.
Ekoran dari itu, usus lelaki tersebut harus dibuang menerusi pembedahan kerana telah dijangkiti bakteria.
Secebis Peringatan
- NEC ini juga boleh beri kesan pada bayi, terutama bayi yang lahir pra-matang. Oleh itu, golongan ibu hami, kanak-kanak, orang dewasa dan individu yang punya imun sistem yang lemah, harus berhati-hati dan tidak memakan buah tembikai yang sudah terbiar lama dalam peti sejuk (terutama yang tidak disimpan dengan baik).
Kadang kala disebabkan tabiat serta gaya hidup yang sudah terbiasa makan makanan yang disimpan lama dalam peti sejuk, mengundang bala pada diri sendiri. Justeru itu, kamu perlu ubah gaya hidup dengan menjaga pemakanan bermula hari ini.
Tips Simpan Tembikai Dengan Selamat Dalam Peti Sejuk
Untuk mengelakkan berlaku masalah kesihatan, apa yang perlu kamu lakukan adalah menyimpan buah tembikai dengan betul dan selamat. Ini antara tips dan saranan daripada U.S Food and Drug Administration (FDA).
- Simpan buah tembikai pada suhu 4°C atau 40 darjah fahrenheit ke bawah.
- Apabila beli pek buah tembikai yang telah dipotong, pastikan kamu ambil buah tembikai yang diletakkan dalam peti sejuk atau yang ditaburi dengan ais batu.
- Bagi yang membeli buah tembikai sebiji terus, bersihkan kotoran pada permukaan buah tembikai dan kemudian lap dengan kain bersih. Jangan simpan buah tersebut lebih dari seminggu dalam peti sejuk. Jika kamu letak buah tembikai di luar peti sejuk, pastikan suhu berada seperti suhu bilik.
- Apabila kamu ingin makan buah tembikai, buang biji menggunakan pisau dan jangan menggunakan tangan. Manakala baki buah kamu simpan dalam bekas simpanan atau di balut menggunakan plastik balutan, barulah kamu simpan dalam peti sejuk (untuk baki buah ini jangan simpan terlalu lama, lagi cepat makan lagi bagus).
Tips Jaga Kebersihan Peti Sejuk
- Cuci tangan sebelum mengambil mana-mana makanan dalam peti sejuk.
- Simpan sayur-sayuran dan buah-buahan segar kecuali pisang dalam peti sejuk.
- Simpan sayur dan buah dalam bahagian yang berasingan.
- Simpan daging mentah, ikan dan makanan laut lain secara berasingan dalam peti sejuk.
- Pastikan suhu peti sejuk berada diantara 0°C ke 4°C, untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria.
- Baki buah-buahan hendaklah disimpan dalam bekas atau di balut dengan plastik balutan makanan bagi mengelakkan jangkitan bakteria dan kuman.
Jangan ambil ringan terhadap isu seperti ini, buang tabiat makan buah-buahan yang terbiar lama dalam peti sejuk dan belajar menyimpan makanan dengan baik agar makanan tersebut tidak dicemari dengan bakteria.
Selamat beramal♥
Rujukan: 1,