Jadi seorang selebriti bukanlah perkara yang mudah, apatah lagi setiap gerak geri mereka sentiasa di pantau 24 jam sehari.
Inilah kehidupan yang dilalui oleh keluarga Kardashian. Seperti yang sedia maklum ke semua ahli keluarga Kardashian ini merupakan selebriti terkenal tapi bagaimana mereka mengurus keluarga dan dalam masa yang sama maintain imej popular mereka?
Terdapat beberapa peraturan keibubapaan yang diamalkan oleh Kris Jenner untuk anak-anaknya semasa mereka masih kecil dan kini apabila anak-anak telah memiliki keluarga mereka masing-masing, peraturan ibu mereka diguna pakai pula kepada anak-anak mereka.
Apa peraturan keibubapaan yang Kris Jenner dan anak-anaknya buat sebagai ibu bapa? Jom tengok di bawah.
#1 Tidak Benarkan Anak-Anak Keluar Rumah
Dari aspek ini Kylie tidak membawa anaknya Stormi keluar rumah kerana untuk menjaga privasi anak yang masih kecil. Ini yang dipraktikkan oleh Kris Jenner semasa mereka masih kecil demi melindungi zaman kanak-kanak mereka dari pandangan mata umum.
Menjadi selebriti terkenal membuatkan paparazi sentiasa ingin mengintip kehidupan harian mereka, oleh itu demi melindungi tumbesaran anak dari terlalu exposed, dirinya tidak membawa anaknya keluar dari kawasan rumah.
#2 Kurangkan Menonton Televisyen
Menonton televisyen tidak kurang daripada sejam atau dua jam sehari, ini adalah apa yang diamalkan oleh Kylie terhadap anaknya Stormi. Kylie mula mendidik anaknya untuk tidak atau jarang menonton televisyen semasa berusia dua tahun lagi.
#3 Tiada Mekap Untuk Anak-Anak
Melihat ibu dan makciknya sentiasa tampak kelihatan cantik dengan mekap membuatkan anak Kim Kardashian iaitu North juga terpengaruh untuk memakai mekap.
Namun hasrat itu tidak tercapai apabila Kim melarang anaknya memakai mekap kerana masih kecil, dan item yang dibenarkan untuk North guna adalah gincu dan lip balm.
#4 Atasi Perasaan Cemburu Anak-Anak
Macam mana nak atasi masalah cemburu dikalangan anak-anak? Macam Kim Kardashian, dirinya sendiri menyatakan agak sukar untuk menjaga perasaan anak-anak, tambahan lagi anak-anaknya sendiri juga kuat cemburu. Tetapi dengan didikan berterusan, anak-anak dapat mengawal perasaan cemburu mereka.
#5 Tunjuk Teladan Menjadi Ibu Bapa Yang Baik Untuk Anak-Anak
Seperti yang sedia maklum Kris Jenner dan mendiang Robert Kardashian telah bercerai pada tahun 1991, tetapi mereka tetap menjadi ibu bapa contoh terbaik untuk anak-anak mereka. Meskipun tidak lagi hidup bersama, Kris dan Robert berusaha memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya untuk anak-anak mereka.
Dan hubungan mereka menjadi contoh buat Khloe, di mana meski dirinya tidak lagi bersama dengan suaminya, tetapi mereka berdua tidak pernah menunjukkan sebarang pergaduhan atau perasaan benci di hadapan anak mereka True. Dan mereka berdua memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang buat anak mereka.
#6 Tidur Bersama Dengan Anak-Anak
Macam Kourtney Kardashian, dirinya dan anak-anak tidur bersama-sama meski usia anak telah mula meningkat. Ianya kedengaran biasa sahaja bukan, tetapi di US kebanyakan ibu bapa telah mula mengajar anak mereka tidur sendirian di bilik mereka sendiri semasa usia mereka masih kecil.
Tapi lain pula dengan Kourtney, baginya selagi anak-anaknya belum bersedia untuk tidur sendirian di bilik mereka sendiri, anak-anaknya akan terus tidur bersama dirinya.
#7 Tiada Microwaves Di Rumah
Hah, rumah siapa yang tiada oven atau microwaves di dapur boleh geng dengan Kourtney Kardashian. Menurut Kourtney semasa dirinya mengandungkan anaknya Mason, Kourtney mencari tentang isu kesihatan dan mendapati penggunaan bekas plastik yang di panaskan boleh mengeluarkan toksin.
Dan toksin tersebut tersebar dalam makanan yang dipanaskan dalam bekas plastik tersebut. Sejak itu, rumahnya tidak menyimpan microwaves atau oven lagi.
#8 Tiada Mainan Plastik
Kourtney tidak membelikan sebarang mainan yang diperbuat daripada plastik untuk anak-anaknya, ini kerana Kourtney percaya patung mainan yang diperbuat daripada plastik mengandungi toksin yang lebih tinggi. Jadi Kourtney berikan alat mainan yang tidak diperbuat dari plastik untuk anaknya bermain.
#9 Tidak Menggunakan Perkataan “F”
Kourtney Kardashian tidak menggunakan sebarang perkataan ‘F’ dihadapan anak-anak dan Kourtney juga memesan pada orang sekelilingnya agar tidak menyebut perkataan ‘F’ atau ‘Fat’ dihadapan anak-anaknya, kerana ia akan memberi pengaruh yang negatif dan tidak baik untuk tumbesaran anak-anaknya.
#10 Tiada Jadual Untuk Anak-Anak
Meski semua ahli keluarga Kardashian memiliki jadual kerja yang padat, itu tidak bermakna anak-anak mereka juga dipenuhi dengan jadual ketat seperti diri mereka. Sebagai ibu bapa mereka mahu anak-anak mereka bebas dari sebarang jadual yang sibuk, cukuplah anak-anak dapat membesar dengan baik dan gembira.
Kamu pula bagaimana, macam mana kamu didik anak-anak di rumah?