Rasanya di antara kita, mungkin tak pernah tahu yang Kim Kardashian menghidapi penyakit psoriasis sejak tahun 2011. Sentiasa bersikap terbuka apabila bercakap tentang penyakitnya, Kim ada kongsikan beberapa cara rawatan yang dilakukan olehnya jika psoriasisnya mula ‘flare-up’.
Kaedah rawatan yang paling kerap dilakukanadalah menggunakan tanning bed. Katanya tanning bed ini hanya digunakan apabila psoriasis menjadi sangat teruk.
Walaubagaimana pun, kaedahnya itu mendapat tentangan orang ramai. Ini kerana tanning bed boleh menyebabkan pembentukan sel kanser.
Selain daripada tanning bed, Kim turut mempunyai alternatif lain untuk merawat psoriasisnya. Dalam sebuah posting IG Story, Kim menunjukkan kaedah balutan kakinya untuk mengurangkan psoriasis menjadi teruk.
- Foto – The Today Show / NY Post
Untuk melegakan keadaan penyakitnya itu, Kim menyapu krim dan membalut bahagian kakinya dengan bungkusan plastik makanan atau lebih dikenali sebagai Saran-wrapping. Kemudian dibiarkan semalaman balutan plastik itu.
- Foto – Allure
Keesokkan harinya, dia menunjukkan hasil balutan dan krim yang disapu itu telah mengurangkan keradangan serta keterukan psoriasis yang dialaminya.
- Foto – Allure / People
Memetik kenyataan De Anne Collier, MD, kaedah balutan Kim ini berkesan kerana ia memerangkap kelembapan dan haba serta meningkatkan penyerapan pada tahap maksimum. Malah kaedah ini turut melembutkan sisik psoriasis dan memperbaiki tompokan merah pada kadar yang lebih cepat.
Nasihat Miss Murai, tak salah kalau kamu nak cuba cara Kim. Tetapi lebih baik jika kamu dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ye.