Kepulangan rakyat Malaysia dari luar negara di sambut dengan petugas kesihatan yang bersedia untuk membawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar, pelancong dan golongan kelas atasan untuk dikuaranin dan mendapatkan ujian saringan.
Tetapi malangnya usaha keras dan penat lelah pekerja perubatan (frontliner) di layan dengan buruk, apatah lagi ada yang meninggikan suara serta menengking doktor dan jururawat yang bertugas.
Hal ini telah dikongsikan oleh salah doktor Ahmad Samhan menerusi pengalaman dari rakannya yang bertugas di bahagian hadapan, mengenai perangai dan sikap segelintir kluster kayangan yang baru pulang ke tanah air kita.
Menerusi perkongsian doktor Ahmad Samhan di laman Facebooknya, pelbagai karenah dan perangai ‘tunjuk bagus’ ditunjukan di hadapan petugas barisan hadapan antaranya:
- Berlagak dengan pangkat diri – “You jangan main-main dengan I. You tak kenal siapa I”
- Mengugut petugas kesihatan – “Oh, you tinggi suara ya? Nama apa? I’ll call my lawyer. Aku nak cakap dengan pengarah hospital sekarang!”
- Pentingkan diri – Tidak mahu menunggu giliran dan mahu di layan terlebih dahulu.
- Menghisap vape & tidak jaga jarak – Sudahlah tidak menjaga jarak, siap ajak kawan-kawan lain hisap vape sedangkan kawasan hospital tidak dibenarkan hirap rokok & vape.
- Merungut tandas busuk, tak ada penghawa dingin, dan makanan tak sedap
- Hina pekerja kesihatan seperti tiada maruah
- Susah beri kerjasama dan degil!
Netizen Berang Dengan Segelintir Perangai Kluster Kayangan VVIP!
Ekoran luahan yang dikongsikan oleh doktor Ahmad Samhan berdasarkan pengalaman rakan sejawatnya yang juga bertugas di barisan hadapan. Rata-rata netizen juga berang dengan sikap yang ditunjukan oleh kluster kayangan ini.
Boleh Dipenjara Jika Mengganggu Petugasan Barisan Hadapan!
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan penularan wabak Covid-19 ini tidak mengira darjat atau pangkat, oleh itu semua orang wajib mematuhi arahan yang dikenakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jika ada yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Mereka yang ingkar ini akan disabitkan di bawah Kod Penal Bahagian 186 kerana mengganggu petugas awam menjalankan tugas.
Tidak kiralah kaya atau miskin, tua atau muda, berpangkat atau tidak semuanya wajib memberi kerjasama sebaiknya kepada petugas barisan hadapan.
Ingat petugas barisan hadapan ini bersabung nyawa 24 jam setiap hari tanpa rehat, sedangkan kita semua pula hanya perlu mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Susah ke?
Buat kluster kayangan ingatlah wabak maut ini hadir tanpa mengira siapapun diri kamu, kesemua yang kamu miliki belum tentu dapat menyelamatkan diri dan ahli keluarga kamu dari peyakit maut ini.
Dengan siapa lagi yang boleh kamu harapkan melainkan petugas barisan hadapan yang kamu caci dan maki sesuka hati ini.
#MohonBeriKerjasama #KitaJagaKita #HormatFrontliner #Covid-19SerangSesiapaSahaja #PKP