Kemalangan seperti jari tangan terketuk dengan penukul semasa bertukang atau batu bata terhempap atas jari kaki ketika sedang bekerja, merupakan pengalaman yang menyakitkan bagi mana-mana individu yang mengalaminya.
Apabila ini berlaku kuku yang mengalami kecederaan yang teruk sehingga berlakunya darah beku di bawah jadi kerana saluran pembuluh darah telah pecah. Penyakit darah beku di bawah kuku ini di kenali sebagai Subungual Hematoma.
Individu yang mengalami subungual hematoma akan mengalami rasa sakit yang kecil dan sederhana dan selalunya individu yang mengalami darah beku di bawah kuku tidak akan membuat sebarang rawatan dan dibiarkan untuk sembuh sendiri.
Dan pemikiran sebegini perlu di hakis dari sekarang kerana jika di ambil ringan, ia boleh mengundang bahaya yang lebih besar.
Kenali Tanda Mengalami Subungual Hematoma
Individu berkemungkinan akan mendapat penyakit subungual hematoma ini jika mereka mengalami kecederaan seperti:
- Terdapat darah beku di bawah kuku
- Kuku berasa sakit
- Merasakan terdapat tekanan pada bawah kuku
- Warna kuku mula berubah
Cara Rawatan Yang Wajib Diketahui
Jika kecederaan pada kuku jari tidak begitu serius atau teruk, ini beberapa cara rawatan yang boleh dilakukan di rumah dan dapat mengurangkan rasa sakit yang di alami seketika dengan melakukan empat perkara ini:
- Berehat: Hadkan penggunaan pada kuku jari yang cedera
- Ais batu: Guna ais batu dan tuamkan pada kuku jari yang cedera tersebut untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit
- Tekanan: Balut kawasan yang cedera dengan ketat untuk memberi tekanan supaya dapat mengurangkan darah yang mengalir keluar dari salur darah kuku jari
- Beri Perhatian: Jaga dan beri perhatian pada kuku jari kaki atau tangan yang cedera itu dan elak melakukan sebarang tugasan yang boleh memudaratkan kawasan yang cedera itu.
TETAPI jika berlakunya kecederaan darah beku di bawah jari yang serius, individu tersebut perlu mendapatkan rawatan segera di hospital dengan segera dan beri perhatian jika ini berlaku:
- Mengalami rasa sakit yang teramat sangat
- Kecederaan tersebut berlaku pada bayi atau kanak-kanak
- Berlaku pendarahan tanpa henti
- Kecederaan kuku sangat teruk
- Tanpa cedera tiba-tiba kuku mula berubah warna menjadi gelap
Jika kamu atau orang sekeliling kamu mengalami tanda-tanda yang serius seperti di atas, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan pantas.
Hati-Hati Jangan Sampai Jadi Kanser Melanoma!
Melanoma merupakan penyakit kanser kulit paling berbahaya pada manusia, ia sering muncul pada bawah kuku jari tangan atau kuku jari kaki. Tumor tersebut juga kelihatan seakan-akan seperti penyakit subungual hematoma (darah beku di bawah kuku) dan ia tidak memberi rasa sakit atau tidak berkait dengan mana-mana kecederaan.
Untuk keselamatan jika kamu mendapati bawah kuku jari tangan atau kaki terdapat darah beku, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Terutama jika darah beku tersebut wujud secara tiba-tiba dan kawasan kuku jari tidak mengalami kecederaan.
Semoga maklumat dikongsikan bermanfaat, selamat beramal!