Penyanyi dangdut negara seberang Inul Daratista cukup dikenali dengan persembahan memukau dengan gelek gerudinya. Berbekalkan tubuh langsing, rahsia Inul adalah melakukan sukan yoga. Walaupun sibuk dengan jadual kerja, Inul masih mengambil masa untuk terus bersenam. Jadi tidak hairanlah Inul miliki badan yang sentiasa menggiurkan dan ramping bak gadis remaja.
Baru-baru ini Inul mencuri perhatian ketika mempraktikkan pose yoga ketika berada di atas pentas. Hebatnya, dia masih boleh melakukan rutin dengan biasa walaupun dalam balutan dress dan bertumit tinggi.
Anda lihat sendiri bagaimana hebatnya wanita yang sudah miliki seorang anak ini.
#1 Kalau orang lain dah bergegar kaki, tapi Inul maintain relaks.
#2 Salah satu pergerakan yang agak sukar dalam yoga berhasil dilakukan seorang ibu.
#3 Rata-rata netizen kagum dengan kehandalan Inul bermain dengan tubuh badan.
#4 Inul berjaya melakukan pose melentik walaupun dalam balutan dress cantik.
#5 Mempraktikkan pose menyokong badan dengan hanya dua tangan nampaknya tidak sukar untuk Inul.
Hebat betul Inul. No wonder bila buat persembahan cukup bersemangat dan bertenaga. Kepada semua penyanyi patut tiru cara Inul, rajin bersenam untuk kekal cergas.