Hari pertama di tempat kerja yang baru membuatkan kita semua boleh rasa gelisah sepanjang hari. Malam sebelum itu pun kadang ada yang sampai tidak boleh tidur. Memikirkan apa agaknya suasana, siapa rakan kerja baru dan cabaran tugasan yang bakal diterima.
Biasalah manusia mana yang tidak mahu jadi sempurna dalam setiap segi bidang, kalau boleh mesti mahu tunjukkan yang terbaik.
Langkah untuk memberi tanggapan yang baik pada orang baru terutamanya pada hari pertama sangat baik. Bukan penulis hendak ajar kamu berpura-pura tapi logiklah sikit, takkanlah first day sudah mahu tunjuk diva.
#1 Datang awal
Cuba datang awal untuk melihat suasana baru dan menyesuaikan diri dengan masa. Ambil waktu ini untuk melihat perkara sekeliling, contoh dimana pantri, tandas, bilik mesyuarat dan sebagainya.
#2 Ramah
Jadilah orang yang ringan mulut untuk bertanya dan memperkenalkan diri. Tak perlu tunggu HR bawa anda ke tempat semua orang. Sebelum sesi itu bermula pun anda dah boleh jelaskan siapa diri anda dan jawatan yang dipegang.
#3 Cuba berkawan
Pada hari pertama cuba anda berkawan dengan seorang rakan kerja pun dah okay. Kalau ada yang mengajak untuk lunch bersama, jangan tolak pelawaan tersebut. Inilah masanya untuk anda mingle dengan rakan-rakan kerja baru anda.
#4 Perhati dan dengar
Jangan cuba menyampuk tentang perbualan atau perbincangan baru. Biar waktu ini hanya mendengar dan perhatikan tentang segala perkara baru disini. Kenali do or don’ts itu yang wajib.
#5 Tenang
Paling penting sekali tampil tenang dan senyum sentiasa. Jangan terlalu gelojoh atau kelam-kabut untuk menunjukkan tatakerja anda. Tak mengapa kalau hendak rileks-rileks pada hari pertama, ambil waktu untuk sesuai diri.
#6 Berikan attitude yang paling terbaik!
Anda kena tahu sikap pada hari pertama bekerja akan diingati oleh semua orang. Kalau anda tinggalkan aura yang positif ia akan dibawa sampai ke akhir hari anda bekerja.
Dah sedia nak tempuh hidup dipejabat baru?