Ini soalan yang acapkali bermain di fikiran penulis “berapa kerap kena buat facial“?, memandangkan penulis miliki kulit yang sensitif jadi rawatan profesional adalah jalan terbaik untuk membuang segala jerawat dan kotoran. Tapi biasalah bila bercakap tentang facial, terfikirkan kos yang agak tinggi untuk setiap rawatan.
Kata Pakar…
Pakar Shani Darden dan Joanna Vargas, Ellen Marmur dari New York bersetuju sekurang-kurangnya setiap orang perlu melakukan sekali sebulan.
“Saya selalu mengesyorkan pelanggan melakukan rawatan muka sekali sebulan. Kulit anda mengalami kondisi yang berbeza bergantung pada musim dan juga gaya hidup. Jadi, sebaiknya check-in ke pakar aesthetic untuk mendapatkan rawatan muka terbaik,” jelas Vargas.
Sekali sebulan merupakan waktu paling ideal kerana kitaran perolehan sel kulit kita adalah 28 hari, jadi mendapatkan rawatan profesional lebih dari sekali sebulan boleh merosakkan dan merengsakan kulit.
Walaubagaimanapun…
Walaupun ketiga-tiga pakar mengesyorkan sekali sebulan, tetapi terdapat juga sesetengah rawatan sebagai contoh HydraFacial yang hanya disyorkan sekali setiap tiga bulan. Segalanya bergantung kepada jenis kulit dan kebimbangan yang dialami, jadi penting berunding dengan profesional untuk meletakkan pelan terbaik bagi kulit (dan bajet anda).
HydraFacial – HydraFacial adalah satu alat yang membersih, menggelupas, dan kemudian memasukkan serum ke dalam kulit.
Pilih Tempat…
Sebelum membuat temu janji, beberapa perkara penting perlu dititik beratkan.
“Elakkan tempat-tempat yang sibuk, tidak kemas, kurang terang, tidak diiktiraf doktor pakar atau menawarkan sebarang rawatan yang belum diuji atau terbukti secara perubatan. Ini dianggap risiko dan merbahaya kepada kulit,” jelas Marmur.
DIY Facial Mask?
Boleh ke facial mask dilakukan di rumah? Adakah kebaikannya sama seperti profesional? Jawapannya tidak. Tetapi masih ada banyak yang anda boleh lakukan di rumah. Sebagai contoh jade roller atau dermaroller, yang rawatannya ringan tidak memudaratkan keadaan kulit. Ia mungkin tidak menawarkan manfaat sama dengan profesional tetapi sekurangnya ia masih menawarkan banyak manfaat sekaligus rawatannya ringan.
Yang penting konsultasi dengan pakar dermatologi jika anda mengalami masalah kulit.
All The Best!