Orang tua-tua selalu kata selepas 3 bulan pasti perkahwinan menjadi hambar tidak seperti bulan pertama.
Memanglah perkahwinan akan jadi hambar kalau suami dan isteri tidak mahu bekerjasama dalam menyemarakkan kembali keceriaan rumah tangga. Cara untuk hidupkan semula harmoni hubungan anda dan pasangan bermula dengan tunjang agama dan keintiman.
Wanista fokuskan kepada hubungan intim suami isteri yang bermula dari kamar tidur. Berduaan dalam kamar tidur menaikkan lagi aura intim dan ghairah apabila bersama. Tapi bagaimana untuk mengekalkan rasa tersebut? Ini tips dari Wanista
Kekal privasi
Kalau boleh jangan tayang sudut bilik tidur anda kepada orang lain terutamanya didalam media sosial. Sentiasa pastikan bilik tidur anda dan pasangan hanya diketahui oleh kamu berdua. Jadikan ia sebagai rahsia bersama dan suatu tempat dimana anda menghabiskan masa ghairah tanpa pengetahuan orang lain.
Pilihan pakaian
Cuba berani untuk memakai pakaian tidur yang seksi atau langsung tidak berpakaian ketika didalam kamar tidur! Luangkan masa untuk mengenali setiap sudut tubuh kamu dan pasangan bersama. Sekali-sekala buatlah peragaan pakaian dalaman bak model Victoria’s Secret pada suami kamu.
Sentiasa kemas
Pastikan suasana bilik sentiasa kemas dan tidak kotor supaya kamu berdua selesa. Tapi janganlah bergantung pada pasangan sahaja untuk mengemas.
Sebenarnya bukan di kamar tidur sahaja anda kena jadi romantik pada pasangan, di luar juga harus tapi bagi pendapat Wanista di kamar tidurlah masa yang terbaik untuk lebih rapat dan dekat bersama pasangan.