Fesyen dan pembawakan gaya pemakaian sering berubah mengikut peredaran zaman, namun jangan pula ada yang terkejut kerana gaya retro dan 90-an seperti cetakan skraf, corak kulit harimau bintang dan fabrik tie dye umpanya dilihat bakal mendominasi jiwa para fashionista sepanjang 2019!
Khas buat anda yang mengagumi fesyen, cuba amati senarai 8 trend yang Wanista ramalkan bakal hangat sekitar tahun hadapan.
#1 Bulu-Bulu
Masih lagi perincian bulu-bulu. Tetapi isimewanya untuk 2019, perincian glamor itu seolah-olah lebih ekstrem di mana, ia lebih meriah -dimanfaatkan sebagai penyeri utama helaian terutamanya bagi jenis-jenis fabrik yang polos semata.
#2 Kulit Harimau Bintang
Jika tahun ini cetakan berjalur menjadi tumpuan, tahun hadapan… kita ada cetakan kulit harimau bintang yang pernah popular sekitar 2010 dahulu. Jom keluarkan balik baju-baju lama yang ada corak kulit leopard!
#3 All That Fringe!
Suka melihat helaian dress yang digayakan penari samba? Jangan khuatir kerana kamu juga boleh menyertai kemeriahan gerak tari samba apabila bergaya sakan dengan item-item fesyen yang turut dihiasi juntaian tali-tali halus yang bisa menyuntik aura sofistikasi si pemakainya!
#4 Warna-Warna Tanah Liat
Jarang orang memakai warna-warna perang seperti warna tanah liat sebagai helaian utama harian kerana ia dianggap membosankan dan terlalu ringkas. Namun, untuk 2019, jangan segan-segan mengenakan helaian yang berasaskan warna ini kerana ia sememangnya warna yang menjadi pujaan bagi ramai pereka fesyen ternama untuk koleksi terkini mereka.
#5 “Jala Ikan”
Jika helaian fesyen menggunakan material kait berupa jala ikan sangat popular sekitar tahun 80-an, nampaknya gaya itu kembali sebagai trend paling hangat untuk menjadi ikutan pada 2019!
#6 Kuning Pengganti Merah Jambu
Jika warna yang banyak diketengahkan sepanjang tahun 2018 adalah rona merah jambu dan oren, warna kuning terang bakal menyusul sebagai warna kebanggaan fashionista sepanjang 2019 nanti!
#7 Hamparan Skarf
Kalau cetakan skraf ala Versace dan Hermes menjadi igauan para peminat fesyen era 90-an, untuk 2019 trend itu kembali bagaikan mengimbau memori lampau yang pernah gah suatu ketika dahulu.
#8 Inspirasi Tie Dye
Kalau dahulunya pakaian yang berasaskan corak tie dye ini hanya dipakai mereka yang mengaplikasikan cara hidup ala hippies… 2019 adalah tahun di mana corak cetakan unik ini diangkat menjadi trend fesyen paling mahsyur untuk digayakan mereka yang mengikuti perkembangan fesyen semasa.
Jangan lupa gantikan pakaian dalam almari kamu dengan seleksi helaian fesyen yang mempunyai kesemua ciri-ciri trend fesyen 2019 ni okay?
Selamat beramal! ❤