Hilton akhirnya menambah satu lagi hospitaliti di Malaysia dengan membangunkans ebuah lagi rangkaian hotel Hilton Garden In di kota Puchong buat para pengemabara yang ada di sekitar Lembah Klang.
Menawarkan perkhidmatan penginapan yang selesa dan mewah pada harga mampu milik, hotel servis Hilton Garden Inn Puchong pastinya mampu memenuhi keperluan penginap korporat mahupun mereka yang ingin merehatkan diri dalam suasana yang bergaya dan moden dalam masa yang sama.
Selain dilengkapi WiFi diseluruh bangunan hotel, pusat perniagaan yang disertakan bersama perkhidmatan pencetakan 24 turut disediakan untuk kemudahan penginap korporat, di samping kolam jakuzi, dobi layan diri, pusat kesihatan (gim) 24 jam dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan semua, bilik mesyuarat yang berkeluasan 255 kaki persegi menghadap pemandagan kota dan tasik turut disetawarkan manakala restoran hotel yang diberi nama Garden Grille pula mampu mengenyangkan selera pengunjung dengan seleksi hidangan enak.
Harga untuk sebuah bilik biasa (standard) adalah dari RM200 semalam manakala Guest Room Lake View yang menghadap pemandangan tasik indah adalah dari RM220 semalam. Deluxe Room yang lebih luas pula adalah RM250 semalam.
Untuk keterangan lanjut, klik [hiltongardeninnpuchong] atau telefon +60-3-8060 8188 untuk mula menempah.
Alamat: Hilton Garden Inn Puchong, Jalan DM2, Desa Millennia, 47150 Puchong, Selangor.