Rasa macam sudah lama tak bercuti dengan keluarga atau pun rakan kan?
Sejak-sejak boleh keluar rumah dan rentas daerah ini, apa kata kamu tempah 8 Airbnb di sekitar Lembah Klang untuk staycation hujung minggu ini.
Artist Studio
Mahukan pemandangan KLCC yang jelas?
Artist Studio merupakan Airbnb yang terbaik untuk kamu habiskan masa dengan yang tersayang. Bayangkan makan atau minum kopi sambil melihat KLCC, memang perfect!
Harga: RM120/semalam
Regalia Suites & Hotel
Popular dalam kalangan mereka yang gemar menggunakan aplikasi Airbnb, Regalia Suites & Hotel memberikan pemandangan langit di bandar yang paling cantik.
Berehat sambil lihat pemandangan bandar, Airbnb ini dilengkapi dengan perabot, tempat tidur dan peralatan makan. Sesuai untuk dua orang sehingga empat orang.
Harga: RM166/semalam
Dolomite Templer, Rawang
Berkeluasan 4000 kaki persegi, rumah ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 10 katil yang muat sehingga 20 orang. Jika mahu lakukan majlis hari jadi atau pesta, rumah ini boleh menampung sehingga 50 orang.
Selain itu rumah ini juga mempunyai kolam renang, permainan arked, kawasan barbeku dan paling penting pemandangan ke kawasan Bukit Taikun. Memang cantik!
Harga: RM1600 – RM2200/semalam
Rumah Kebun, Hulu Langat
Bagi pencinta alam sekitar, Rumah Kebun merupakan pilihan terbaik untuk kamu. Kamu boleh memilih untuk berenang di kolam yang disediakan atau di sungai Semungkis yang berhampiran.
Terdapat 4 bilik tidur dan 11 katil yang boleh menampung 16 orang tetamu.
Harga: RM1500 – RM2500/semalam
113 IKON Garden Home, TTDI
Yang menariknya Airbnb ini, kamu boleh memilih untuk rehat di ruangan indoor atau outdoor bergantung pada mood.
Pada masa yang sama, Airbnb ini juga menyediakan ruangan barbeku dengan ruang tamu terbuka yang boleh muat sehingga 8 orang.
Harga: RM800/semalam
Kuang Kampung Retreat, Sungai Buloh
Mahukan kawasan yang terpencil, Kuang Kampung Retreat adalah pilihan kamu! Boleh muat sehingga 8 orang, reka bentuk rumah ini berkayu seperti di kampung dan dilengkapi dengan peralatan barbeku di tengah rumah.
Harga: RM1000 – RM1200/semalam
Templer Park Rainforest Retreat, Rawang
Back to nature! Templer Park Rainforest Retreat dikelilingi oleh Hutan Simpan Kanching yang berikan pemandangan indah dan udara yang segar.
Boleh menampung sebanyak 16 orang, Airbnb ini mempunyai 4 bilik dan 10 katil, dapur luar, kawasan barbeku, sauna dan trampolin.
Harga: RM 1215 – RM2415/semalam
16 P, Corner Bungalow On Hill, Bukit Damansara
Terletak 9 minit daripada Mid Valley Megamall, banglo tiga tingkat ini boleh memuatkan sehingga 16 orang sahaja. Terdapat 6 bilik tidur dengan 15 katil, dapur yang lengkap peralatan memasak dan kolam renang!
Harga: RM28880 – RM3360/semalam
Puas hati kalau staycation di sini. Memang berbaloi dan worth every penny!