Kamu suka rakam foto makanan “Instagram Worthy”? Magnum baru-baru ni menyunting Min Luna untuk berkolaborasi bersama bagi mengubah fesyen penuh gaya untuk menjadi manisan berbentuk ais krim Magnum edisi terhad!
Bermula dari 1 Oktober hingga 30 November nanti, peminat Magnum boleh mula mendapatkan ais krim ‘bergaya’ di semua gedung Magnum Pleasure cawangan IOI City Mall, Putrajaya dan IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara.
Menggabungkan keunikan fesyen dan makanan, koleksi ilham fesyen Min Luna menampilkan trend fesyen paling hip musim ini dengan menggetengahkan kesinambungan atletik ‘Sporty Chic’, elegan ‘Starlet Queen’, mewah sopan ‘Modest Luxe dan feminin perkasa ‘Pretty Powerful’.
Kesemua ilham fesyen ini akan diolah menjadi bentuk ais krim Magnum kegemaran ramai termasuklah perisa Almond, Classic, White Almond serta Hazelnut Luxe.
Rasai kenikmatan berganda bila menjamah ais krim magnum yang diserikan dengan cengkerang coklat Belgium tebal sekaligus merembeskan pengalaman terindah buat kamu yang memiliki personaliti menarik!
Boleh cuba serlahkan keperibadian kamu dengan pilihan ais krim dari seleksi Magnum x Min Luna hari ini!
Untuk pengetahuan semua, ais krim ilham Magnum x Min Luna ini dijual pada harga RM12.90 setiap satu dan untuk keterangan lanjut sila klik [magnumicecream.com].