Ada Apa di Singapura?
Rasanya bukan penulis seorang atau memang penulis sahaja yang berfikir ‘kenapa perlu ke Singapura sedangkan ada banyak lagi negara yang lebih seronok, cantik dan penuh sejarah bahkan murah boleh dikunjungi’.
Kenapa penulis berkata begitu? Almaklumlah, mind set kita bercuti ke Singapura sudah fikirkan betapa mahal bayaran masuk untuk setiap tempat pelancongan, ditambah lagi restoran dan kedai makan, di mana-mana mahal. Tapi ternyata silap kerana jika kita membuat perancangan lengkap, ia tidak seperti yang disangkakan.
Dan jika anda ingin melancong atau sekadar menghabiskan cuti hujung minggu ke Singapura, bahkan mencari aktiviti menyeronokkan untuk membuat perjalanan lebih berbaloi.. Wanista ada idea. Memang seronok, berbaloi, tak rugi..
Kembara Bermula
Singapore Zoo
Mengetengahkan persekitaran rainforest, Singapore Zoo adalah rumah kepada lebih daripada 2,800 haiwan daripada lebih daripada 300 spesies mamalia, burung dan reptilia. Taman ini juga menawarkan habitat orang utan ‘free-ranging’ yang pertama di dunia, tapak aquarium terbesar yang memaparkan pelbagai hidupan air, dua ekor panda yang punya kisah ‘percintaan’ tersendiri serta pelbagai lagi keseronokan yang tidak berkesudahan.
Bagi mengelakkan beratur panjang yang hanya membuang masa, Wanista cadangkan anda membuat tempahan awal melalui aplikasi Klook [www.klook.com]. Akses pantas yang hanya memerlukan anda membuat imbasan di telefon pintar dan masuk, tidak perlu mencetak pelbagai dokumen.
Masa : Dibuka setiap hari dari jam 8am – 6pm
Cadangan : Lebih daripada tiga jam anda boleh jelajah satu zoo
Rainforest Lumina
Kalau siang anda menghabiskan masa melihat pelbagai haiwan, di sebelah malam pula jangan lepaskan peluang merasai pengalaman menikmati pancaran cahaya audio-visual yang memukau di Singapore Zoo dengan 10 zon interaktif. Di sinilah anda boleh mengasah bakat mengambil gambar di setiap ruang yang bermandikan cahaya warna-warni.
Disebabkan Rainforest Lumina hanya membenarkan kemasukan secara berkumpulan kerana dikhuatiri kepadatan dan kesesakan pengunjung, segalanya mudah jika anda menempah menerusi aplikasi Klook [www.klook.com], jaminan harga terbaik sehingga 60%, tidak perlu menunggu lama dan beratur.
Masa : 7.30pm – 12am (Kemasukan akhir pada at 10.30pm)
Trickeye Museum
Bukan muzium biasa, Trickeye adalah galeri lukisan ‘one of a kind’ yang menggabungkan seni dengan teknologi hi-end yang dipanggil AR (Augmented Reality) dan ilusi 2D/3D. Setiap pelawat boleh berinteraksi dengan lukisan menggunakan aplikasi Trickeye Camera – digunakan setiap kali mengambil gambar atau merakam video untuk turut sama berada dalam situasi tersebut.
Bila datang USS, jangan lupa singgah Trickeye Museum. Nak dapat harga berpatutan guna sahaja aplikasi Klook [www.klook.com].
Masa : 9am – 9pm
Universal Studio Singapore
Kalau dah datang Singapura, rugi rasanya tak menjejakkan kaki ke Universal Studio Singapore. Tapi bila memikirkan harga tiket yang agak mahal, terus lupakan hasrat.
Jangan bimbang kerana anda boleh mendapatkan harga jaminan dan murah bila membuat tempahan awal menerusi aplikasi Klook [www.klook.com]. Lagi satu yang best, Klook menawarkan satu hari pas yang membolehkan anda bermain sepuas hati di USS – Roller Coaster Battlestar Galactica, Shrek, Transformer, The Mummy, Minion, Jurassic Park, Madagascar, Puss In Boots’ serta banyak lagi.
Masa : Isnin – Khamis (9am hingga 8pm), Jumaat – Ahad (9am hingga 10pm)
OCBC Skyway & Garden by the Bay
OCBC Skyway adalah platform tontonan hebat untuk menikmati pemandangan Singapura. Penulis cadangkan anda mengamati keadaan cuaca sebelum datang agar tidak menyesal kemudian hari. Hal ini kerana jika keadaan cuca buruk, Skyway akan ditutup untuk faktor keselamatan pelawat. Kalau OCBC Skyway outdoor, Garden by the Bay pula indoor. Di sini anda boleh menghirup udara segar yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan serata dunia.
Dapatkan pengalaman Gardens by the Bay lengkap dengan pakej kombo di [www.klook.com] untuk masuk ke Flower Dome, Cloud Forest, dan OCBC Skyway.
Masa : Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 9 malam.
Marina Bay Sands Skypark & Art Science Museum
Selain Universal Studio Singapore, kota singa ini terkenal dengan kebanggaan mereka Marina Bay Sands Skypark. Ya, bangunan pencakar langit berbentuk kapal.
Terima kasih kepada Klook, penulis berpeluang naik ke tingkat atas Marina Bay dan melihat pemandangan kota metropolitan itu. Rasa seperti orang kaya pula bila berada di atas melihat pengunjung mandi sakan. Klook menawarkan pengalaman eksklusif di mana anda hanya perlu membuat tempahan [www.klook.com] di sana sahaja.
Kalau ada masa boleh sahaja melawat Art Science Museum untuk menimba ilmu dan mencuci mata melihat pameran. Penulis sempat melihat pameran Strandbeest dan meneroka dunia Marvel Studios. Bayaran masuk langsung tidak mahal, anda haya perlu membayar RM36 jika tempah di Klook [www.klook.com]
Masa : Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 petang.
Idea
Hari pertama anda boleh menghabiskan masa di Singapore Zoo. Di sini anda boleh melawat zoo, River Safari dan malamnya pula Rainforest Lumina.
Hari kedua pula dihabiskan satu hari di Universal Studio Singapore dan Trickeye Museum. Tak puas jika anda datang setengah hari kerana pelbagai benda mahu diterokai.
Terakhir pula menikmati pemandangan Singapura dan hidupan flora di OCBC Skyway, Garden by the Bay, Marina Bay Sands Skypark dan Art Science Museum – semuanya berhampiran yang membolehkan anda berjalan kaki sahaja.
Mudahkan hanya guna aplikasi Klook, anda tidak perlu bayar mahal untuk menjelajah Singapura. Klook [www.klook.com] memberi kod promo <KLOOKAWAY20> untuk tempahan kali pertama.
Baca : Perkenal Klook, Platform Tempahan Percutian Terbaik Wajib Ada!
Happy Travel Everyone! ❤