Masih ada ke yang ingat tentang pengumuman sempadan antara Malaysia dan Singapura bakal dibuka sepenuhnya pada 1 April 2022 ini?
Pasti ramai yang sudah merancang untuk bercuti atau short getaway ke Singapura memandangkan sebelum ini ‘terperangkap’ gara-gara pandemik COVID-19.
Bagi ‘menggantikan’ semula rancangan percutian yang terbatal sebelum ini, DIVA syorkan untuk kamu ‘tebus semula’. Caranya adalah dengan kunjungi lapan tempat menarik dan terbaru ini di Singapura.
Daripada aktiviti dalaman hingga aktiviti luar, muzium hingga water biking dan go-kart, memang rugilah kalau tak masukkan tempat ini dalam senarai wajib kamu bila ke Singapura nanti!
Nikmati Panorama Di SkyHelix Sentosa
Kalau kamu sukakan pemandangan yang cantik di tengah kota, open-air gondola ini wajib kamu cuba! Setiap sesi di open-air gondola ini, pengunjung akan diberikan masa 12 minit; 2 minit naik dan turun serta 10 minit berada di puncak sambil berputar 360°. [TEMPAH TIKET]
Jelajah Singapura Di Victoria Theatre & Concert Hall
Jangan lepaskan peluang untuk terokai Singapura daripada pelbagai sudut dan perspektif berbeza bila ke Victoria Theatre & Concert Hall. Ketahui setiap sejarah dan seni bina di sebalik bangunan ketinggian 54 meter ini. [TEKAN SINI]
Kingfisher Wetland At Garden By The Bay Untuk Si Pencinta Alam Sekitar
Aktiviti yang mesra keluarga, Kingfisher Wetland ini adalah rumah simpanan 15000 sqm yang mempunyai lebih 200 pokok bakau asli seperti Bakau Oren Hulu dan Bakau Api.
Bukan itu sahaja, wetland ini juga menjadi tempat utama untuk pemerhati burung dan jurugambar semula jadi kunjungi. [TEKAN SINI]
Tenggelam Dalam Lautan Sprinkle Pool di Muzium Ais Krim
Paling dinanti-nantikan, Muzium Ais Krim Singapura kini dibuka di Singapura. Di sini kamu boleh nikmati hidangan aiskrim yang dicipta semula dengan sentuhan Singapura seperti Pulut Hitam, Bandung Laici dan banyak lagi.
Yang lagi menarik di sini selain boleh terjun ke dalam Sprinkle Pool, kamu juga boleh jadikan beberapa sudut muzium ini sebagai jadi port OOTD kamu! [BELI TIKET]
Serba Hijau Di Tropical Montane Orchidetum Di Taman Botani Singapura
Bagi yang sukakan kawasan yang hijau, larikan diri ke Tropical Montane Orchidetum di Taman Botani Singapura. Rumah kaca berhawa dingin ini ada lebih 1000 spesis orkid dan bunga lain serta paku pakis. [TEKAN SINI]
Alami Pengalaman Berada Di Angkasa Dengan VR Gallery: Spacewalker
Dilengkapi dengan teknologi terkini daripada set kepala hingga pengawal, VR Gallery: Spacewalker di Muzium ArtScience Singapura dibuka untuk mereka yang mahu nikmati pengalaman berada di Angkasa.
Di sini kamu boleh nikmati pelbagai karya seni daripada artis dan filem mengenai penerokaan kehidupan di luar bumi dalam dua realiti maya yang menakjubkan! [BELI TIKET]
Kayuh Basikal Atas Air Di Waterbike Adventure
Suka aktiviti yang melibatkan air? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti basikal di atas air. Bukan sahaja boleh pergi dengan kawan tau, aktiviti ini juga sesuai dilakukan bersama keluarga. [TEMPAH SINI]
Rasai Pengalaman Go-Kart Di Litar Inspirasi F1 Terbesar
Yang sukakan cabaran, aktiviti go-kart ini adalah yang paling sesuai untuk kamu! Tidak memerlukan lesen memandu dan saiz litar yang terbesar di Singapura, kamu boleh berlumba sehingga kelajuan 30km/j.
Menariknya, go-kart ini membenarkan pelumba seawal usia 9 tahun dengan sesi karting peringkat baru. [TEMPAH SINI]
Jangan lupa untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang tempat-tempat menarik di Singapura [SINI] dan proses serta keperluan ketika melancong melalui Vaccinated Travel Lane (VTL) di [SINI].