Berat badan kamu lebih 26 kilogram? Kamu layak dapat tiket masuk percuma ke taman tema ni!
Melihatkan dunia sekarang lekas membuat persepsi bahawa seseorang yang memiliki bentuk tubuh langsing itu lebih cantik, pihak taman tema ini seraya mahu mengangkat martabat wanita normal yang ‘sihat’ kerana mereka juga berhak digelar cantik.
Sebuah taman tema popular Tang Dinasti di China iaitu “Tang Paradise” mengumumkan bahawa mereka mahu memberi ganjaran berupa pas masuk percuma kepada 618 orang pengunjung wanita yang memiliki berat badan melebihi 62kg ke atas. Hal itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat bahawa wanita tak sepatutnya dinilai berat sebelah dengan hanya melihat bentuk badan.
Video Wanita Kena Timbang Sebelum Masuk Taman Tema
Untuk itu, setiap pengunjung yang mempunyai karakter berat mencukupi perlu ditimbang dahulu sebelum dibenarkan masuk tanpa dikenakan sebarang caj.
Menurut sumber sewaktu zaman Dinasti Tang sekitar abad (618 – 907) dahulu, kecantikan seseorang wanita bergantung kepada bentuk tubuh. Hanya mereka yang memiliki bentuk tubuh gempal dianggap cantik dan menawan.
Jadi, siapa yang kurus sangat tu faham-fahamlah… Kena bayar kalau nak masuk taman tema Tang Paradise ni.