Pemilihan kostum yang selesa merupakan perkara penting bila bersukan. Terjadi pada peluncur ais Korea Selatan yang kostumnya mengharukan setiap rutin walaupun dia tidak membuat kesilapan besar tetapi cukup membuatnya tidak selesa dan bekerja keras membetulkan ‘keadaan’.
Hal yang sama berlaku pada pasukan pelunsur ais dari United States of America, cumanya kostum mereka elok cantik tetapi mata penonton yang melihat agak silau dan kurang senang. Kenapa?
Lihat. Ada yang tak menarik ke?
Kostum yang dipakai skater pasukan USA dengan rekaan istimewa warna kelabu di bahagian sulit (crotch) mereka membuatkan penonton memandangnya lebih daripada sekali. Kostum bodysuit dengan percikan warna merah, hitam dan putih – kecuali di kawasan bahagian intim yang dibuat warna kelabu. Jika dilihat, ianya nampak pelik dan hodoh, malah membuatkan anda tertanya kenapa kawasan itu diwarnakan cerah bukannya gelap. Mungkin ada sebab saintifik tentang pemilihan warna untuk setiap kostum.
Ternyata kostum tersebut menjadi bual bicara netizen di Twitter yang rata-rata mempertikaikan rekaan bodysuit tersebut.
Dilaporkan, pakaian seragam setiap atlet Olimpik Musim Sejuk direka khas oleh Under Armour.
Anda rasa pula bagaimana? Pelik ke biasa sahaja?