Mengejutkan apabila seorang wanita berkulit putih ini dirakam sedang mengeringkan seluar dalamnya menggunakan penghawa dingin pesawat yang berada di atas tempat duduknya.
Kejadian memalukan itu khabarnya berlaku dalam sebuah penerbangan pesawat Ural Airlines dari Antalya, Turki untuk ke Moscow, Rusia.
Saksi berkata, wanita berkenaan dengan perasaan ‘selamba’ tanpa berasa segan dan situ mengangkat lalu mengacuhkan seluar dalamnya pada penghawa dingin yang berada di siling tempat duduk penumpang dalam pesawat.
Biarpun ramai mata yang memandang, wanita berkenaan telah berbuat demikian hampir 20 minit.
Apa yang memusykilkan, tiada seorang pun yang berani menegur perbuatan jengkel tersebut baik dalam kalangan penumpang mahupun anak kapal yang bertugas.
Seorang penumpang walau bagaimanapun telah bertindak merakam perilaku menjijikan itu lalu memuat naik video itu ke laman sosial sehingga viral dan mendapat perhatian ramai.
Tonton Video Wanita Keringkan Seluar Dalam Bawah Penghawa Dingin Dalam Pesawat
https://www.youtube.com/watch?v=XF9rnY1drGQ
Apabila melihat kembali rakaman video tersebut, nampaknya memang ramai penumpang lain yang terpinga-pinga dengan tindakan wanita itu, namun tiada seorang pun yang berani bersuara.