Hari berganti hari, trend fesyen semasa berubah mengikut arus permodenan.
Melihatkan ramai pereka fesyen popular hari ini memanfaatkan fabrik jarang untuk menjayakan koleksi rekaan musim Bunga/Panas 2018, penulis ingin kongsikan panduan dan helah menggayakan mesh skirt seperti fashionista sebenar!
BACA: Stail Terkini Curi Tumpuan Di NYFW Spring 2018
Apa Itu Mesh Skirt
Mesh Skirt adalah skirt yang diperbuat menggunakan fabrikasi jarang berupa kain renda, organza mahupun kain jaring seperti tulle.
Tidak terhad kepada penghasilan skirt semata, fabrik jenis mesh juga banyak digunakan dalam membuat rekaan dress, baju, pakaian dalam seksi dan lain-lain.
Mana Hendak Beli Mesh Skirt
Melihatkan tahun 2018 adalah tahun di mana ramai pereka dan jenama-jenama fesyen terkemuka antarabangsa seperti Oscar de la Renta, No.21 dan Simone Rocha yang banyak menggunakan fabrik jarang untuk menghasilkan karya koleksi musim Bunga, secara mudahnya anda boleh membeli Mesh Skirt di mana-mana gedung membeli-belah berjenama seperti Forever 21, ZARA, H&M dan banyak lagi. Gedung atas talian Zalora juga anda menjual pelbagai rekaan Mesh Skirt
#1 Mesh Skirt dengan Jeans
Jika anda seorang yang periang, boleh gayakan mesh skirt bersama jeans berpotongan skinny kegemaran.
Baik bertudung atau pun tidak, penggayaan mesh skirt sebegini mampu membuatkan seseorang kelihatan trendy habis! Lain daripada yang lain pula tu.
#2 Mesh Skirt dengan Baju Longgar
Bagi muslimah yang menjaga tata tertib pemakaian, mesh skirt masih lagi boleh digayakan dengan baju longgar sebegini.
Cuba padankan baju panas atau kot berpotongan longgar yang memiliki paras labuh bertepatan bersama dengan mesh skirt pilihan anda. Mesti menarik punyalah!
Jika mesh skirt agak singkat, boleh pakai seluar di dalam. Inilah masanya untuk guna teknik layering!
#3 Mesh Skirt dengan “Pantyhose”
Gemarkan gaya tutu seperti konsep yang diketengahkan Bernard Chandran untuk koleksi musim Bunga/Panas 2018 baru-baru ini?
Jangan segan untuk sarungkan pantyhose (stokin panjang wanita) bersama mesh skirt pendek berpotongan kembang untuk serlahkan imej si ballerina yang comel!
#4 Mesh Skirt dengan But!
Serlahkan identiti rock atau gothic anda menerusi pemakaian mesh skirt bersama dengan kasut but.
#5 Mesh Skirt dengan Skirt Mini
Tak salah melapiskan skirt dengan skirt… Nak lebih ideal, boleh padankan dengan sepasang kasut sneakers yang polos.
Penggayaan mesh skirt sebegini mampu membangkitkan kembali ikutan fesyen era 90an seperti mana yang sering digayakan ratu rock Avril Lavigne.
Bonus!
Mesh Skirt dengan Seluar Dalam
Bukan sebarangan seluar dalam. Untuk menghangatkan penggayaan mesh skirt ini, anda haruslah menyarungkan seluar dalam yang kemas potongannya agar dapat menutup bahagian pinggul yang tidak sedap dipandang orang.
Gaya ini khas untuk anak-anak muda yang berani mencuba!
Untuk pengetahuan semua, skirt jarang sebegini mampu memancarkan aura feminin yang ranggi jika digayakan dengan betul.
Selamat mencuba! ❤