Fesyen quiet luxury atau old money menjadi pilihan masa kini…
Sebelum ini DIVA pernah berkongsi tentang beberapa tips untuk menggayakan fesyen quiet luxury. Ia satu gaya timeless untuk kamu yang mementingkan aura kemewahan dengan bisikan halus. Tanpa jeritan mana-mana logo jenama, kamu berlapang dada dengan siluet serta warna fesyen yang dipamerkan. Sebagai contoh, jenama Bottega Veneta boleh dikategorikan sebagai jenama quiet luxury. Ia tidak mengejar logo, namun kayakan dengan bentuk siluet pada beg tangan.
Mungkin ada antara kamu masih bertatih untuk mendapatkan gaya quiet luxury? Sebenarnya ada formula mudah yang diperkenalkan oleh Sofia Richie. Beliau tidaklah mengajar secara terangan, namun kamu boleh mengambil idea dari model ini. Lahir dari keluarga sudu emas, tidak membuatkan gaya Sofia Richie sinonim dengan quiet luxury. Sofia sendiri mengambil masa untuk serasikan dirinya dengan gaya ini.
4 formula quiet luxury Sofia Richie ialah;
- Basic T-shirt putih, jeans straight cut dan kasut tumit tinggi
Antara satu langkah yang kamu boleh ikut ialah dengan gaya kemeja atau t-shirt putih, jeans straight cut dan sepasang kasut tumit tinggi. Ia boleh digayakan untuk aktiviti kasual atau business meeting. Sebagai tambahan stail kamu boleh padankan dengan outerwear seperti jaket, kot dan sebagainya.
- All-black dan tambah putih
Paling simple ialah dengan top and bottom serba hitam. Cara nak tampil quiet luxury dengan warna bosan ini ialah dengan hint sedikit warna putih pada aksesori pilihan kamu. Lihat cara Sofia Richie dibawah.
- Tona neutral gabungan warna merah
Takut dengan warna merah? Jadikan ia sebagai pembangkit aura fesyen mewah kamu. Gabungan warna garang dengan warna neutral menjadikan ia sebagai penarik hati yang memandang dan kamu kelihatan selamat.
- Mini dress + kasut tumit tinggi
Satu elemen yang penting untuk wardrobe quiet luxury ialah mini dress. Klasik!
Kamu boleh mula dengan isian helaian seperti diatas. Apa yang paling penting ialah mainan warna dalam menghasilkan gaya quiet luxury. Semoga kamu berjaya!