Kini masyarakat lebih taksub pada yang muda dan seksi, yang tua yang berusia emas sudah dilupakan.
Di Hollywood, rata-rata sibuk membuat suntikan botoks, filler, laser dalam usaha untuk mendapatkan rupa paras muda tetapi agensi permodelan menolak tepi kesemua itu dan memutuskan untuk mengambil yang lanjut usia sahaja bekerja dengan mereka. Bunyi macam menarik, bukan?
Oldushka, agensi mewakili model dari umur 45 ke atas, naik sehingga 85 bergantung kepada beberapa kes. Agensi ini diwujudkan dari projek jurugambar Igor Gavar, yang menangkap gaya pesara untuk blognya, yang juga disebut Oldushka. Sebilangan besar model yang ditempah adalah mereka lebih dari 60, kebanyakkannya model lelaki.
Model-model lama Oldushka semakin banyak bekerja di Rusia, yang muncul dalam katalog arus perdana dan kempen pengiklanan, dan membawa generasi baru ke dalam industri fesyen.
Tatjana Nekliudova, 61
Irina Belisheva, 70
Valentina Yasen, 62
Victor Sosnovtsev, 73
Olga Kondrasheva, 72
Nina Ivanovna, 75
Sergey Arctica, 45
Ivan Petkov, 53
Valeriya, 79
Lubmila, 62
Adakah ia akan memberi inspirasi kepada negara-negara lain untuk berbuat demikian, menghargai yang tua?