Menghias rumah bukanlah sukar pada dasarnya, asal tahu menggunakan keluasan secara strategik serta bijak memilih perabot dan aksesori dekorasi, sesebuah ruang istimewa itu pasti mampu merembeskan aura yang tersendiri buat si penghuni dan para tetamu.
Contoh hiasan dalaman berkonsepkan retro…
Sejak kebelakangan ini, penulis minat benar melihat sambil mencari inspirasi dekor dari rumah-rumah artis ternama kerana rata-rata mereka mempunyai cita rasa eksentrik, bijak mengekspresikan sifat keperibadian diri menerusi susun atur serta pemilihan reka bentuk perabot dalam rumah.
Kali ini, rumah milik Selena Gomez mencuri perhatian penulis!
Berkonsepkan stail hiasan dalaman retro, Selena memanfaatkan himpunan rona tanah di dalam rumahnya… Baik dari segi pilihan perabot serta tata cara hiasan dalamannya, semuanya seolah back to the 50’s!!!
Dapur
Melihatkan dapur di rumah ini agak luas, Selena memuatkannya dengan kabinet yang siap dibina.
Penggunaan daun pintu kayu pada almari dan laci mengekalkan ciri rumah retro manakala kebanyakan peranti serta aksesori yang dimuatkan bersama pula adalah menggunakan material logam bernuansa perak termasuklah dapur, pili, mesin pengisar, ketuhar gelombang mikro, tong sampah, oven, peti sejuk serta lampu gantung.
Apa Yang Anda Perlu?
Ruang Tamu
Menggunakan ruang secara menyeluruh, cermin panjang berpanel kayu digantung secara melintang di dinding utama bagi memberi dimensi yang lebih antik pada keadaan rumah.
Di suatu sudut, Selena ada menempatkan tumbuhan hijau hidup malah memanfaatkan kotak kayu sebagai meja bagi menjadi tempat letak pemain muzik sambil ditemani meja kopi dan sepasang kusyen duduk bulat yang banyak dilihat di rumah-rumah era 50-an.
Minamalis dengan warna dinding putih polos, cahaya matahari yang masuk menerusi cermin pintu dan tingkap tanpa langsir secara tidak langsung menaikkan seri rumah simple yang hanya diwarnai cat ‘kosong’.
Sofa panjang berangka kayu rona jingga, kelabu dan putih disusun secara mengeliling manakala rak kayu putih pula menjadi tempat untuk menghimpun perhiasan memorabilia.
Apa Yang Anda Perlu?
Kamar Beradu
Nampaknya, Selena ini memang suka dengan variasi rekaan perabot 50-an kan?
Sekali lagi beliau tampil memilih meja tepi (side table) kayu manakala dinding utama di bahagian atas katil telah siap dihiasi lukisan abstrak gergasi. Tidak lupa, bangku kulit ditempatkan di hujung katil agar mudah mahu duduk melepak sambil memikirkan pakaian apakah yang ingin digayakan sehari-hari.
Jika mempunyai ruang lebih, apa kata muatkan sahaja meja kerja di dalam bilik tidur. Sertakan bersama lampu lantai dan lampu meja bersesuaian untuk memberi pencahayaan malap bagi mencipta suasana romantik yang lebih selasa.
Apa Yang Anda Perlu?
Kawasan Luar Rumah
Sesuai buat anda yang gemar ‘berkawan’ dengan alam semula jadi, sediakan satu sudut di bahagian luar rumah untuk berehat… menghirup udara segar.
Beli set sofa rotan atau anyaman plastik yang kalis air dan jika berkusyen, pastikan kusyen-kusyen tersebut boleh dialihkan dari masa ke masa terutamanya ketika musim hujan.
Hiaskan bahagian syiling dengan loceng angin (chime) agar bunyi-bunyian merdu dapat didengar ketika angin menghembus nyaman. Manakala, hamparkan juga permaidani bercorak menonjol untuk cetus gaya sensual dalam kawasan taman kecil anda.
Seperti Selena, beliau memilih kaktus sebagai tanaman utama di perkarangan rumah. Lebih mudah dijaga dan tak perlu dibaja selalu seperti tanaman berbunga lain. Tanah yang sepatutnya berumput pula telah digantikan dengan taburan batu-batu kecil agar lanskap tampak kemas sekaligus menyejukkan mata.
Apa Yang Anda Perlu?
Jom Ikut Selena Gomez Bawa Penonton Melihat-Lihat Di Rumahnya!
Selamat beramal! ❤️