Watsons melancarkan koleksi eksklusif sempena musim percutian akan datang iaitu dengan menawarkan pelanggan VIP Watsons untuk menebus koleksi edisi terhad Happiplayground kelengkapan bercuti bersempena juga promosi HappiGoHoliday sehingga 4 Januari 2018 atau sehingga stok masih ada.
Pelanggan VIP boleh mendapatkan pelekat penebusan dengan minimum berbelanja RM20 untuk satu pelekat bermula sekarang hingga 26 Disember 2017. Pelbagai barangan Happiplayground ditawarkan iaitu pencuci tangan, berus gigi kanak-kanak, salap bibir, tisu muka, masker muka dan banyak lagi di stor Watsons.
Karakter kartun comel asal Hong Kong mendapatkan respon baik dari pelanggan Watsons tahun lalu memberi peluang sekali lagi Watsons mengeluarkan koleksi bersama ia. Rangkaian produk Happiplayground pada tahun ini juga menawarkan lebih banyak produk untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Tebus koleksi edisi terhad barangan mengembara Happiplayground:
- Waterproof Travel Holder – 2 pelekat dan berbelanja RM9.90
- Beg Kelengkapan Mandian – 4 pelekat dan berbelanja RM19.90
- Bantal Leher – 6 pelekat dan berbelanja RM29.90
- Beg ‘Weekender’ – 8 pelekat dan berbelanja RM39.90
- Bagasi Kabin – 10 pelekat dan berbelanja RM79.90
Tebus dan dapatkan koleksi edisi terhad Happiplayground sekarang sehingga 26 Disember dan hari penebusan pada 4 Januari 2018.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, lawati stor Watsons terdekat anda atau layari www.watsons.com.my.