Strategi untuk memulakan gaya hidup sihat selalu berkait dengan makanan. Pemakanan yang sihat dan bersih antara syarat wajib untuk mengatur langkah ke arah mendapatkan tubuh, mental yang cergas. Ramai yang mengalah dalam menyiapkan hidangan makanan sihat kerana kekurangan sumber dan tidak mempunyai masa atas alasan faktor rutin harian yang ketat.
Wanista ingin memperkenalkan satu restoran grab ‘n’ go dengan pilihan makanan yang menyihatkan dan pastinya harganya jauh lebih rendah dari hanya RM6 sahaja!
Bila sebut makanan sihat, pasti ramai yang terbayangkan menu yang membosankan tapi tidak di KURIN. Ia menawarkan hidangan yang lazat, menyihatkan malah seronok mata memandang. Pernah tak anda melihat sushi berbentuk donat?!
Sesuai dengan maksud KURIN = Clean (bersih) dalam bahasa Jepun, menu di KURIN berinspirasikan dari makanan Jepun dan dipek dalam bungkusan yang ringkas dan mudah dibawa.
Tak tahu nak order apa di Kurin? Wanista cadangkan Pokeritto yang berbentuk giant sushi! Tapi jangan risau anda juga boleh menukar Pokeritto kepada jenis dalam mangkuk. Langkah untuk mendapatkan makanan sihat anda dengan:
- Pilih jenis protein: tuna, salmon, ayam atau tauhu.
- Pilih untuk dimakan bersama : nasi Jepun (Japanese short grain), beras perang atau kepada yang sedang berdiet ketat boleh tukar kepada salad.
- Tambah: 4 pilihan sayur dan buahan-buahan terdiri dari kacang pis, salad sushi (chuka wakame), jagung, mangga dan banyak lagi.
- Langkah terakhir (Sos): spicy mayo, ponzu fresh, teriyaki dan classic. Bonus! Anda boleh menambah extra crunchy dengan bawang putih goreng, teratai atau kacang almond.
Team Wanista pilih Pokeritto dari ayam, nasi Jepun (Japanese short grain), betik, lada benggala, lobak merah dan sos paling sedap ponzu fresh!
Serius! Bahan-bahan dari KURIN semuanya segar belaka dan anda boleh rasa sendiri kualiti bahan mentah yang digunakan terutamanya pada ikan salmon, langsung tidak berbau atau hanyir. Konsep hidangan KURIN cukup lengkap dengan manfaat lemak asid, protein, mineral, vitamin, fiber dan omega-3. Serving presentation pun cukup bergaya sesuai untuk mereka yang gemar berinstagram tentang makanan.
Warna-warni Pokeritto bukan sahaja buat perut lapar, malah mata pun jadi terhibur sayang nak makan.
Apa lagi ada di KURIN? Ya! Pencuci mulut yang menyelerakan dari buah-buahan segar.
KURIN terletak di tingkat 6, Nu Sentral Mall dengan rekaan restoran yang ringkas, mesra pelanggan dan pantas.
Menariknya lagi, setiap makanan yang tidak habis dijual akan didermakan ke pusat kebajikan dari menjual pada keesokan harinya. Hebat bukan? Ini semua untuk menjaga standard kebersihan dan kualiti makanan. Bagi Wanista, kunjungan ke KURIN pastinya membawa satu pengalaman baru tentang pemakanan sihat. Team Wanista tidak teragak-agak untuk kembali mendapatkan Pokeritto kegemaran kami di KURIN.
KURIN juga menyediakan khidmat penghantaran, layari http://kurin.com.my untuk lebih lanjut!