Secara purata seorang wanita menyerap sehingga 2.3 liter bahan kimia yang memudaratkan setahun menerusi produk kecantikan. Secara purata seorang wanita memakai 515 bahan kimia sintetik pada badannya setiap hari tanpa diketahui.
Maka itu Melvita mengambil inisiatif untuk mendidik orang ramai membuat pilihan yang bertanggungjawab dan berasaskan pengetahuan dalam perbelanjaan harian mereka, dan langkah kecil pertama bermula dengan penjagaan kulit, penjagaan badan & kelengkapan peribadi, dengan menolak bahan yang membawa mudarat & menerima bahan organik yang membawa manfaat.
Tolak bahan yang menimbulkan kontroversi:
- Minyak Mineral
- Garam Aluminium
- Silikon
- Propilena Glikol
- EDTA
- Formaldehid
- SLS
- Paraben
Mengapa pilih organik?
- Kurangkan bahan kimia pada kulit
- Kurang risiko penyakit & kesan sampingan tidak diingini
- Kurangkan kesan sisa buangan kurang terbiourai kepada alam sekitar
- Pelihara alam semula jadi untuk generasi akan datang
- Jangan lakukan ujian ke atas haiwan
Selain merupakan salah satu pelopor dunia untuk menerima sijil ECOCERT dan BIO Perancis untuk produk organik, jenama ini juga memainkan peranannya untuk menetapkan trend dalam dunia penjagaan kecantikan organik, dengan rumusan uniknya yang dibangunkan bersumberkan lebih 900 jenis bahan organik semula jadi yang bermutu tinggi.