Dilaporkan, pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton bakal menimang cahaya mata ketiga.
Perkara itu diumumkan lebih awal memandangkan Kate, 35 terpaksa membatalkan satu acara rasmi kerana mengalami alahan mengandung atau Hyperemesis Gravidarum seperti dua kandungannya sebelum ini.
Berita itu turut dikongsikan di twitter rasmi istana, Kensington Palace.
Read the press release in full ↓ pic.twitter.com/vDTgGD2aGF
— Kensington Palace (@KensingtonRoyal) September 4, 2017
Namun tidak dimaklumkan berapa usia kandungan Kate ketika ini, tetapi media antarabangsa meramal Kate bakal melahirkan anak ketiganya pada April tahun hadapan.
Sebenarnya, Kate telah menunjukkan ‘hint’ ketika menghadiri majlis resepsi di Warsaw, Kate bergurau mahukan anak lagi selepas beliau diberi hadiah yang direka istimewa untuk bayi baru lahir. Siapa sangka, gurauan menjadi satu kenyataan.
Baca: Kate Middleton Ingin Tambah Anak Lagi!
Pasangan diraja berkahwin pada tahun 2011 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera George dan Puteri Charlotte.