Tak sangka walaupun nama Shahrukh Khan nama besar dalam industri perfileman Bollywood dan dunia namun filem-filem beliau yang terkini masih ada lagi yang tidak laku.
Filem Jab Harry Met Sejal dikatakan tidak mendapat kutipan yang memberangsangkan dan laku di India memaksa Shahrukh Khan membayar semula ganti rugi kepada syarikat pengedar filem, NH Studioz.
Berlaku juga kepada filem Dilwale yang tidak mendapat kutipan box-office di India walaupun ia menjadi fenomena di Malaysia. Dilwale telah membuat Shahrukh Khan juga terpaksa membayar 50% ganti rugi kepada pengerdar filem.
Ianya suatu kekecewaan besar buat Shahrukh Khan dan pastinya dua filemnya kecundang akibat kurang menjalankan promosi dan tidak mendapat sambutan dari peminat.