Bila bercinta ini kadang-kala ada datangnya perangai ‘gila-gila’ atau kebudak-budakkan.
Kalau kita berjalan-jalan didalam pusat membeli-belah pasti mata tertangkap dengan pasangan yang mengenakan pakaian warna yang sama atau ada sahaja yang sedondon. Mulanya nampak macam comel tapi bila teliti sebetulnya ada yang tak kena sehingga melucukan pula.
Tak baik gelakkan orang!
Secara peribadi, penulis juga gemar untuk sedondon dengan kekasih hati cinta ku namun bukanlah serba-serbi nak sama dengan si dia. At least, biar ada juga gaya individualiti dan tidak nampak yang kita mahu kelihatan seperti couple looks.
Kesalahan yang biasa couple lakukan bila ingin bergaya sama contohnya, memakai corak atau rekaan untuk satu jantina (perempuan pakai baju lelaki), baju punya quotes sambungan, warna atau aksesori yang tidak bersesuaian.
Pada pasangan suami isteri atau yang masih dalam mood percintaan ingin tampil seiring sejalan… Ini idea bijak dari Wanista.
Warna
Tidak semestinya anda kena pakai warna yang sama pada baju. Anda dan pasangan boleh swatches warna pilihan pada bahagian top or bottom dan pada aksesori. Selain itu anda juga boleh padankan dengan menggunakan warna senada. Cuba kreatif seperti ini…
Aksesori
Tak mungkin setiap kali keluar anda dan pasangan mahu pakai outfit yang sama. Cukup-cukuplah, nanti dibenci orang pula. Kalau anda dan si dia mahu orang tahu kamu berdua merupakan pasangan sehati sejiwa, nah tambah sahaja ‘seri’ pada aksesori. Anda boleh memilih rekaan atau jenama aksesori yang lain cuma padankan dengan warna yang sama atau sebaliknya.
- Jam Tangan
- Kasut
- Kaca mata
Tema
Sinonimkan gaya anda bersama pasangan apabila keluar menghadiri majlis atau acara. Janganlah ke majlis formal tapi si suami pakai jeans t-shirt anda pula gaun indah. Memang serba tak kena tetamu melihat anda berdua, ada masalah hubungan ke? Hahaha…
- Kasual
- Formal
- Kasual + Formal
Senang sahaja nak tampak serasi dan cantik berdua, konsepnya jangan keterlaluan dan pakai yang masih relevan!