“Comelnya dia, berpakaian sedondon dengan pasangan…”
Orang kata, bila tengah dalam mood cinta, memang semuanya manis dan bahagia saja. Bab berpakaian pun nak sama, kalau si dia warna hitam kamu pun nak pakai hitam juga. Kalau dia mengenakan kaca mata Rayban kamu pun sama naik, kiranya serba-serbi mesti ada item sama atau sedondon.
Kalau kamu nak bergaya couple look dengan si dia, DIVA ada idea inspirasi beberapa pasangan selebriti ini. Gaya mereka memang gah. Mereka tak berpakaian yang sama, tapi koordinasi warna yang menjadikannya serasi bersama.
Zendaya & Tom Holland
- Foto – Getty
Beberapa hari selepas Hari Kekasih, pasangan muda ini dilihat meninggalkan hotel di New York City berjalan bergandingan dan kelihatan bergaya dalam warna hitam dan kelabu.
Sophie Turner & Joe Jonas
- Foto – Getty
Pasangan ini sukakan koordinasi warna. Sophie Turner memakai knit dress warna sage memadankannya dengan mules hitam dan kaca mata hitam. Manakala Joe Jonas menyarung kardigan bercorak hijau dengan seluar jeans coklat, kasut sukan Reebok putih dan kaca mata aviator.
Rihanna & A$AP Rocky
- Foto – Getty
Pasangan yang sedang menantikan kelahiran anak pertama ini sedang dalam mood love in the air. Melancarkan Savage x Fenty, pasangan fesyenista ini dilihat mengenakan warna merah padan. Rihanna dalam dress merah, manakala A$AP Rocky serasikan dengan sneakers merah.
Segak-segak semuanya…