Seperti yang kita semua tahu, Motorola adalah jenama peneraju yang pada awalnya telah menghebohkan dunia dengan inovasi telefon bimbit terawal.
Bagi terus berdiri megah dengan legasi teknologinya, Motorola baru-baru ini menambah siri telefon pintar Moto Z dengan kemunculan telefon pintar yang lebih canggih dan terkini iaitu Moto Z2 Play yang bisa memenuhi impian pengguna!
Reka bentuk tubuh telefon pintar ini lebih nipis dan dalam masa yang sama lebih ringan dan dilengkapi prestasi yang sangat efisyen.
Turut ditemani ciri-ciri Moto Mods, ia membolehkan pengguna merasai pengalaman yang sukar untuk dialami sebelum ini. Moto Z2 Play membuka peluang untuk para pengguna memenfaatkan faedah menerusi paparan skrin beresolusi tinggi jenis HD Super AMOLED 5.5″ dengan tambahan 10 kali zoom optik.
Bahkan pengguna juga bisa merakam detik indah seperti video dan gambar-gambar lebih jelas ditemani jangka hayat bateri selama 7 jam dengan hanya pengecasan 15 minit!
Foto-foto rakaman yang dirakam dalam kawasan gelap mahupun ketika malam menggabungkan kuasa teknologi laser dan piksel kembar autofocus untuk hasil yang lebih terang dan realistik.
Tubuh telefon pintar alaf baru ini dibaluti logam sepenuhnya manakala kamera hadapan adalah dari jenis 5 megapiksel dengan flash CCT (Color Correlated Temperature) yang menstabilkan warna ihasil rakaman foto agar tambah berseri.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.moto.com/my/home] atau lawat Facebook rasmi Motorola Malaysia di [www.facebook.com/MotoMsia]
Ditawarkan dalam dua pilihan warna klasik termasuklah kelabu (Lumar Grey) dan emas (Fine Gold) pada harga RM1,999 seunit.