Beruntung Shila Amzah dah wajah seiras Jessica Jung, tapi lagi untung kalau kita semua memiliki kulit mulus cantik berseri seperti bekas ahli Girls Generation ini.
BACA: Memang Sama! 10 Artis Malaysia Dan Antarabangsa Muka Seiras
Tahukah anda Jessica menerapkan 16 steps ini pada setiap pagi sebelum keluar ke rumah. Bunyi macam leceh dan ambil masa yang lama tapi hey! It’s Jessica Jung!
Mahu kan kulit segebu Jessica Jung? Solekan dari beliau juga amat ringkas kekal natural look. Ini senarai produk yang digunakan dan langkah demi langkah oleh Jessica untuk prep her skin sebelum bersolek.
1. Penyegar (Toner) – ambil dua kapas letakkan toner kemudian biar selama seminit diatas muka. Setelah itu sapu pada seluruh muka.
2. Essence – Jessica guna kedua belah tangan untuk ‘tap’ produk pada muka. Bagi Jessica cara tersebut membuat produk lebih mudah diserap kedalam kulit.
3. Pelembab (Moisturizer) – Sama seperti teknik menyapu essence pada muka.
4. Eye Cream (Krim Mata) – Sapu pada seluruh bahagian kelopak dan bawah mata.
5. Hydrating Mist – Sembur untuk kulit kekal lembab pada cuaca panas.
6. Lip Balm
7. Sunscreen
Setelah itu, barulah Jessica mula dengan solekan. Apa yang anda boleh perhatikan didalam video diatas, Jessica hanya menyapu nipis supaya ia kekal sebagai solekan semulajadi.
8. Bedak Asas (Foundation) – letak secara ‘dot’ pada pipi, dahi, dagu kemudian ratakan dengan span.
9. Pemerah Pipi (Blusher) – warna peach untuk kelihatan segar.
10. Pembayang Mata (Eyeshadow) – sapu pada seluruh kelopak mata dan sedikit dibawah mata.
11. Eyeliner – pakai pada garisan bulu mata atas.
12. Eyelash Curler – tips dari Jessica, panaskan hujung eyelash curler dengan pengering rambut untuk hasilkan bulu mata yang lebih lentik.
13. Maskara
14. Lipstik – Jessica gemar guna teknik ‘dap dap’ lipstik pada bibir sebalik mengoles seperti biasa.
15. Lip Balm
16. Setting Spray – untuk kemasan solekan yang terakhir.
BACA: Kenapa Wajib Pakai “Setting Spray” Lepas Mekap?
Boleh tak anda ikut 16 steps ini? Kalau nak cantik bak Jessica..haruslah cuba!