Orang kata walau trend bertukar setiap musim, warna hitam selamanya warna yang kekal abadi dan sentiasa bergaya, warna ini selamanya tak lapuk dek zaman.
OPPO Malaysia baru sahaja memperkenalkan Edisi Hitam baharu OPPO R9s. Penambahan peranti baru ini adalah selaras dengan komitmen OPPO untuk menyediakan pengguna Malaysia dengan peranti yang berfungsi, namun bergaya.
Bukan itu sahaja, OPPO turut mengumumkan pelantikan Neelofa sebagai duta rasmi peranti tersebut.
“Warna hitam dikenali sebagai warna yang berkebolehan untuk menampilkan sifat terbaik seseorang – hanya sedikit sudah mampu untuk membawa stail saya ke tahap yang baru. Kini, dengan OPPO R9s Black Edition, saya tidak lagi perlu bimbang tentang pakaian saya kelihatan hambar! Selain membantu saya kelihatan bergaya, kamera belakangnya juga boleh menangkap detik-detik indah dalam hidup saya,” kata Neelofa.
Edisi Hitam mengekalkan teknologi fokus dwi-PDAF dan apertur f/1.7 ekstra lebar yang mampu memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya, di samping kamera depan dan belakang 16MP, menjadikannya sebuah peranti yang cukup mantap untuk peminat fesyen dan juga teknologi.
Dengan OPPO R9s Black Edition yang penuh elegan, pengguna boleh memadankan peranti ini dengan pelbagai fesyen dengan mudah. Bergabungan dengan casis hitam ‘Matte’, logo OPPO yang berwarna perak di bahagian belakang kelihatan cukup bergaya. Ditambah dengan garisan antena ultra-halus “enam tali” sepanjang bahagian belakang telefon, keanggunan peranti ini terserlah.
OPPO R9s Edisi Hitam akan dijual secara rasmi pada harga RM 1,828 bermula 10 Mei 2017. Untuk maklumat yang lanjut, sila melawat www.oppostore.com.my/products/r9sblack/.