Pemerah pipi tidak asing lagi dalam kit solekan. Ia merupakan essential dalam menyempurnakan solekan dan tumpuannya ialah memberi ilusi segar pada wajah.
Trend sekarang ini lebih banyak kepada teknik contouring, highlight dan bronzer bagi menggantikan teknik klasik pemerah pipi. Ianya lebih sesuai untuk kepada anda yang ingin kelihatan semulajadi atau makeup no-makeup look. Namun ia juga bergantung pada pemilihan warna pemerah pipi yang tepat dengan warna kulit anda. Pemakaian warna pemerah pipi yang tepat boleh memberi ilusi muda, segar dan semulajadi sekaligus solekan anda tampak seakan profesional.
Ikuti garis panduan Wanista sediakan untuk anda yang ingin tampak semulajadi dengan pemerah pipi!
#1 Si Kulit Pucat
Siapa yang kulit putih bak salju, pastikan anda memilih warna pemerah pipi yang lembut supaya ia kelihatan semulajadi kemerahan di pipi anda. Warna dari merah jambu dan pic lembut sesuai untuk aplikasi setiap hari. Cadangan Wanista, NARS ‘Orgasm’.
#2 Si Kulit Cerah (Warm)
Buat anda yang berkulit cerah tidak susah untuk mencari warna pemerah pipi. Boleh dikatakan warna kulit anda sesuai dengan mana-mana warna. Tapi untuk tampil gaya semulajadi, warna pic kabut dan merah jambu tembaga/keemasan. Wanista pilih Tarte Amazonian Clay 12-Hour Blush ‘Captivating’.
#3 Si Sawo Matang
Untuk si kulit sawo matang, anda perlu sedikit berhati-hati dalam pemilihan rona warna pemerah pipi. Pastikan rona warna tidak terlalu lembut, gelap dan sapuan pemerah pipi juga haruslah nipis. Warna pemerah pipi untuk anda ialah dari warna aprikot dan pic gading. Clinique ‘Peach Pop’ pilihan dari Wanista.
#4 Si Coklat Perang (Olive Skin)
Warna kulit perang coklat diantara warna kulit paling seksi! Namun warna kulit seperti ini mudah gelap dan terbakar, jadi anda perlu dapatkan warna pemerah pipi dengan rona tanah. Wanista cadang HourGlass Ambient Lighting Blush ‘Luminous Flush’.
#5 Si Hitam Manis
Jangan ingat yang berkulit hitam manis ini tidak boleh bermain dengan rona-rona cerah! Bagi menaikkan seri dan ilusi segar secara semulajadi padanan pemerah pipi dari warna sejuk seperti berry(ungu) dan coklat gading. Pemerah pipi dari Too Faced Love Flush ‘Your Love is King’.