Atas faktor umur, kita semua bakal menghadapi pelbagai masalah kulit wajah yang semakin ketara. Warna kulit tidak sekata, tompok hitam, parut jerawat dan tanda-tanda penenuaan. Kadang kala itu semua membuatkan anda kelihatan lebih berusia dari usia semasa.
Salah satu masalah kulit yang paling ditakuti dan degil untuk dinyahkan ialah hyper-pigmentasi. Ia berlaku apabila lebihan melanin dihasilkan diatas kulit dan meninggalkan kesan tompokan.
The Face Inc memperkenalkan konsep terbaru mereka menangani masalah ini dengan memperkenal The Face Inc Lightening Face Duo yang mempunyai dua faktor keberkesanan The Face Inc Exfoliant dan The Face Inc Lightener.
The Face Inc Exfoliant diformulasikan untuk menanggalkan lapisan sel kulit mati dengan AHAs dan BHA membasmi sebarang bintik hitam dan putih. Bukan sahaja membersih liang pori-pori wajah, malah ia juga memperbaiki dan memperbaharui sel kulit baru.
The Face Inc Lightener pula secara efektif mengurangkan pigmentasi dan mencerah. Selain itu, ia juga menghalang semula pembentukan melanin serta memperbaiki cela kulit wajah.
Rangkaian The Face Inc Lightening Face Duo secara eksklusif berada di butik kecantikan SASA seluruh Malaysia dan boleh dibeli secara atas talian di www.thefaceinc.com. Untuk pelbagai lagi produk pilihan The Face Inc, sila klik link ini.