OPPO, jenama telefon pintar yang popular dengan teknologi kamera khas untuk swafoto itu telah melancarkan telefon pintar siri OPPO R9s Plus baharu berikutan kejayaan siri OPPO R9s sebelum ini.
Ia dilengkapi kamera belakang 16MP IMX394 yang diadaptasi dari teknologi SONY yang turut dikuasakan dengan fokus dwi-PDAF.
Untuk rekaan kali ini, kamera pada OPPO R9s Plus telah diperbaharui dengan pelbagai fungsi yang lebih menarik seperti teknologi Penstabilan Imej Optik (OIS) yang boleh menghasilkan pandangan foto yang lebih luas berbanding dengan OIS yang biasa terdapat di pasaran.
Bukan itu sahaja, dengan kapasiti bateri 4,000 mAh yang terdapat pada OPPO R9s Plus, saya boleh mengambil gambar sepanjang hari tanpa perlu bimbang akan kehabisan bateri.
Lebih menarik, RAM 6GB dan 64 GB ROM yang ada pada OPPO R9s Plus boleh ditambah hingga 128 GB agar pengguna mempunyai ruang yang secukupnya untuk menyimpan detik-detik bermakna yang dirakam menggunakan kamera telefon berkenaan.
Tonton Komersial OPPO R9s Yang Dibintangi Duta Ayda Jebat
Dalam masa yang sama, skrin 6 inci yang ternyata lebih luas dan lebar itu bakal mengujakan pengguna, lebih-lebih lagi apabila resolusinya juga adalah HD penuh berbanding R9s terdahulu yang hanya mempunyai paparan 5 inci. Ia menggunakan Color OS 3.0 daripada OPPO, berdasarkan Android 6.0.1. Sama ada bermain permaianan atas talian, merakam foto mahupun menonton rancangan kegemaran menerusi OPPO R9s Plus, hasil visual pasti lebih lumayan dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.oppo.com/my] atau lawat laman Facebook rasmi OPPO Malaysia di [www.facebook.com/malaysiaoppo]. Harga yang ditawarkan adalah RM2498 seunit dan ditawarkan dalam pilihan warna merah jambu dan emas.