Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita, tak kisahlah yang masih dara atau sudah pun beranak-pinak, kita semua tak pernah lari dari ‘dilema wanita’ yang ini lebih-lebih lagi untuk individu yang bertudung.
Tidak dinafikan, ramai sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon namun masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah keguguran. Apakah ini ada kaitan dengan cara penjagaan rambut?
Walau apa pun, tak perlu risau kerana Wanista ada cara terbaik bagaimana anda boleh mengurangkan seterusnya menghalang masalah ini daripada terus menghantui diri.
#1 Jangan Kerap Sikat Rambut
Please! Kalau dah tau rambut senang gugur, jangan sikat rambut. Jika hendak sikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.
Cara menyikat: Genggam sebahagian rambut lalu pegang di bahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dahulu… barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah.
#2 Guna Sikat Bergigi Jarang
Disebabkan rambut mudah gugur dan rapuh, cuba cari sikat bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal.
#3 Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Ini mustahak! Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disisir terlebih dahulu agar kekusutan pada rambut menjadi rapi kembali. Jika anda menyampu rambut semasa kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. Hati-hati!
#4 Tocang Rambut Sebelum Tidur
Ini adalah tips istimewa dari penulis! Orang kata tak elok ikat rambut ketika tidur tapi ternyata fakta itu salah!
Sebelum tidur penulis akan tocangkan rambut (dandan) dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak saat kepala berlaga dengan bantal malah rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur 🙂
Hasilnya, masalah keguguran rambut penulis tidak seteruk dahulu! Semakin kurang helaian rambut bersepah di lantai bilik. Tak percaya cuba!
#5 Makan Makanan Tinggi Protein
Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!
#6 Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Haba akan mengeringkan tekstur rambut. Jika terdesak sekalipun, elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan bisa mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.
Buat mereka yang suka sangat menggulung rambut, guna sahaja alat roller plastik.
#7 Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Bahaya untuk kesihatan rambut!
Lebih-lebih lagi jika anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses “bleaching”.
Jadi, sila elak mewarna rambut dan bersyukur sahaja dengan warna asal yang dikurniakan tuhan. Eleh, awak tu orang Asia, bukan minah salleh pun. Kecuali inai! Halal pun halal, sihat pun sihat 🙂
#8 Minum Banyak Air Putih
Tak kisah air mineral atau air yang siap dimasak di rumah, mungkin air paip juga asalkan sumber air itu bersih ianya pasti bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan tubuh manusia.
Minum empat hingga lapan gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh!
#9 Pakai Minyak Kuatkan Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titis minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. Manfaatnya untuk pulih kerapuhan rambut, kurangkan kekusutan serta jadikan rambut bersinar dan tebal.
PENULIS GUNA INI!
Sila cari di Watsons okay?
#10 Jangan Ikat Terlalu Ketat
Terutamanya perempuan bertudung. Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.
Jika berada di rumah, guna sahaja klip cengkam ini untuk mengikat rambut.
#11 Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari
Basuh rambut setiap hari sebenarnya tidak sihat. Sila basuh rambut empat hingga tujuh hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.
CARA INI SALAH!
.
.
.
Untuk rambut yang berminyak, cuba guna syampu kering kerana taktik ini lebih berkesan berbanding menggunakan air kerana rambut lebih banyak akan gugur.
Selamat beramal!