Masalah rambut gugur boleh menjadi perkara yang paling menggeramkan! Ia bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri, malah keadaan rumah kelihatan kotor dengan helaian rambut yang gugur di lantai. Hampir setiap hari kamu terpaksa vakum atau menyapu rumah. Tidak sampai 10 minit, pasti ada lagi sisa rambut melekat di lantai.
Keadaan rambut gugur boleh terjadi akibat pelbagai faktor. Antaranya dari penjagaan makanan, kesihatan dan pemilihan produk rambut yang salah. Ada kemungkinan terdapat bahan-bahan dari syampu tidak sesuai untuk keadaan rambut kamu.
Mungkin ada diantara kamu masih mencari syampu rambut gugur yang bersesuaian. DIVA ada sediakan lima syampu rambut gugur yang laris di Shopee. Bahkan ia antara jenama yang popular dan dipercayai dari Korea Selatan. Jualan pula mencecah ribuan botol dan hampir mendapat rating lima bintang dari pengguna.
- Nature Republic Black Bean Anti Hair Loss Shampoo 300ml [RM71.08]
Nutrisi dari kacang hitam yang membantu menyingkirkan kotoran dan minyak pada kulit kepala. Sekaligus merangsang pertumbuhan rambut yang padat dan cepat. Malah kulit kepala terasa lebih segar, ringan dan tidak berbau. Kandungan pH yang seimbang 5.5-6 mengelakkan kulit kepala kering yang mengakibatkan masalah keguguran rambut.
- SOME BY MI Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo 285ml [RM55]
Syampu rambut gugur dari jenama penjagaan kulit ini turut mendapat tempat dihati pengguna Shopee. Ia mempunyai kepakaran tersendiri untuk melindungi kulit kepala. Bahan terbaik seperti 11 jenis peptides, Biotin dan protein sayuran untuk rambut kuat dan kulit kepala yang sihat.
- GRAFEN Root Booster Shampoo 500ml [RM59]
Bukan sahaja mengekang rambut dari gugur, tapi syampu ini juga merangsang lagi pertumbuhan rambut. Ia diformulasi dengan 22 amino acids, ekstrak tumbuhan, dan sulfate organik. Syampu rambut gugur dari Grafen ini sesuai untuk wanita dan lelaki. Siapa yang ada masalah kelemumur dan kulit kepala kering juga boleh cuba kerana ia mengandungi pH5.58 yang paling sempurna!
- KERASYS Stem Rootense Shampoo Scalp Nutrient Anti Hair Loss 180ml [RM62]
Menarik tentang syampu dari KERASYS ini ia mengandungi ekstrak Edelweiss Callus Culture untuk menyuburkan dan menyihatkan kulit kepala. Sekaligus mengembalikan penambahan rambut lebih padat dan mengurangkan masalah rambut tipis. Malah, bagi kamu yang mempunyai masalah kulit kepala sensitif syampu ini terhindar dari sebarang bahan yang boleh menyebabkan iritasi.
- JULYME Anti-Hair Loss Perfume Hair Shampoo 500ml [RM69]
Rambut bukan sahaja kurang gugur, tapi lebih tahan lama wangi! Syampu anti-gugur JULYME mempunyai 7 haruman untuk personaliti kamu. Masalah kulit kepala kering, lemah dan berminyak boleh diatasi dengan baik. Ini bermakna akar rambut jadi lebih kuat, rambut gugur lebih minima dan keadaan rambut lebih sihat.
Selamat mencuba!