Kalau nak diikutkan cuaca di Korea tidak sepanas di Malaysia, mungkin kulit gadis dan wanita di sana lebih sihat berbanding kita di sini kan?
Tapi, tidak juga… ada antara mereka turut mengalami masalah kulit berjerawat yang dipengaruhi faktor pemakanan, hormon, rutin kebersihan diri dan sebagainya.
Seperti yang kita semua sedia maklum, produk kosmetik dan kecantikan Korea kini menjadi peneraju kepada industri kecantikan dunia. Boleh tahan berkesan, ramai testimoni yang pernah mencuba produk kelahiran Korea berpuas hati kerana kebanyakan dari produk kecantikan Korea umunnya adalah berasaskan ramuan semula jadi -dimanfaatkan untuk mengekal dan memulihkan kecantikan kulit semua peringkat umur tanpa mengira jantina.
KLIK UNTUK BACA: TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG SEMUA WANITA PATUT AMALKAN
Untuk menambah seleksi pengetahuan anda, ini Wanista senaraikan 2 cara mudah bagaimana untuk menghalang kemunculan jerawat di wajah dengan hanya menggunakan 3 rutin kecantikan orang Korea yang ambil masa tidak sampai 5 minit pun!
#1 Pengelupasan Adalah Kunci Utama
Kulit adalah organ yang paling besar pada badan manusia. Ia berfungsi untuk memelihara manusia dari jangkitan dan kuman sepanjang hanyat seseorang individu. Untuk pengetahuan semua, kulit manusia akan bertukar setiap 27 hari yang terbina merangkumi beberapa komponen seperti air, protein, lemak dan beberapa gabungan mineral dan kimia yang lain.
Untuk itu, pengelupasan kulit adalah cara terbaik untuk bersihkan pori yang tersumbat. Jika kulit anda bersih, produk yang digunakan juga akan lebih berkesan kerana tidak dihalang sel kulit mati serta kotoran.
Jika kulit anda berjerawat, cuba elak menggunakan skrub kasar yang dipenuhi manik-manik halus (microbeads). Ini kerana, kulit anda yang digosok secara kasar itu mungkin akan menjadi radang, luka dan seterusnya menjadi punca masalah jerawat yang lebih serius. Oleh itu, cuba manfaat penggunaan Aqua Peeler!
Penulis Cadang…
Meskipun Kiehl’s ini bukanlah produk kecantikan Korea, tetapi penulis yakin yang ia bisa bantu menjalankan proses pengelupasan kulit secara lembut tanpa menggunakan skrub berlebihan. Ia akan bertindak sepanjang malam untuk perlahan-lahan lakukan pengelupasan. Hasilnya, kulit lebih cantik dan gebu dalam sekelip mata!
Ramai orang berjaya menikmati keberkesanannya, sebab tu penulis yakin untuk cadangkan anda menggunakan Kiehl’s Nightly Refining Micro-Peel Concerntrate: RM295. [KLIK UNTUK BELI]
Selain itu, penulis juga ada dengar maklum balas positif dari penggunaan keluaran terbaru Korea Yoon Dermaline Marine Aqua Peeler ini. Ramuannya bersih tanpa sebarang alkohol atau kimia seterusnya menjadikan kulit tidak terasa tegang atau kering seperti selepas menggunakan skrub kasar.
Apa yang menarik, Yoon Dermaline Marine Aqua Peeler ini hadir dengan penyapu individu yang bentuknya sama seperti q-tips yang sering digunakan ketika membersihkan telinga atau solekan mata. Mudah digunakan, alat penyapu q-tips akan membantu anda mencapai kawasan wajah yang sulit seperti di celah hidung atau mata.
Tonton Tutorial Penggunaan Yoon Dermaline Marine Aqua Peeler
https://www.youtube.com/watch?v=Du-YGz21K7k
#2 Topeng Lumpur Bantu Detoks Kulit & Bersihkan Pori
Pernah guna mask lumpur sebelum ni? Kalau pernah anda pasti tahu yang sebaik sahaja mask tersebut diratakan ke seluruh wajah, wajah akan terasa sensasi panas haba apabila cecair mask lumpur bertindak dengan kulit seterusnya bantu mengembangkan pori bagi menarik keluar segala kotoran tersumbat yang selalunya membentuk whiteheads dan blackheads.
Penulis cadang…
Topeng muka yang diperbuat daripada getah ini! Dari jenama tersohor Korea Dr.Jart+, anda bisa membersihkan muka dengan efisyen tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak. Gunakan Dr.Jart+ Rubber Mask | Clear Lover (warna kelabu). Hasilnya? Kulit mulus seperti bintang Kpop dengan hanya rawatan wajah di rumah!
Penulis tidak pasti dengan harganya, tetapi dengar khabar Sephora MY akan bawa masuk koleksi topeng wajah Dr.Jart+ Rubber Mask ini ke Malaysia tidak lama lagi. Harap anda semua sabar menunggu! Produk jenama Dr.Jart+ boleh dibeli dari laman sesawang Sephora.my.
Tonton Tutorial Penggunaan Dr.Jart+ Rubber Mask
Satu lagi produk topeng lumpur yang akan memberi 1001 faedah kepada anda adalah Premium Blackhead Steam Pore Pack: RM105 [KLIK UNTUK BELI]
KLIK UNTUK BACA: INI ANTARA PRODUK KECANTIKAN KOREA YANG BERKESAN & ANDA PERLU ADA!
Diharap, perkongsian penulis kali ini membantu!
Selamat beramal!