Buat julung kalinya pemain bola sepak tempatan mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.
Pemain Pulau Pinang Faiz Subri menerima anugerah tersebut selepas membuat jaringan terbaik itu ketika Faiz membantu pasukannya menetang pasukan Pahang dengan mencatat kemenangan 4-1 dalam saingan Liga Super tahun lalu.
Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).
OFFICIAL RESULTS: Here's a voting breakdown for the FIFA #Puskás Award 2016 #TheBest 🏆https://t.co/LO8lWBKxpn pic.twitter.com/ijMVJutBxZ
— FIFA (@FIFAcom) January 9, 2017
Faiz menerusi catatan tweetnya berkata: “Memang di luar jangkaan saya untuk sampai ke tahap ini, bersama-sama dengan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa yang lain. Saya bersyukur dengan Anugerah Puskas FIFA yang diterima ini.”
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih buat keluarga, pasukan Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga seluruh rakyat Malaysia.
I'm so nervous,lucky I can find this on my cellphone…
Thank You everyone
Malaysia Boleh and Haria Penang Haria pic.twitter.com/SYPIghw9gk— faizsubri13 (@faizsubri131) January 9, 2017