Lisa Surihani, penampilannya yang anggun dapat dilihat pada kemunculannya di karpet-karpet merah sehingga pada gaya pakaian hariannya.
Setelah mendapat pencapaian terhadap keluaran pertama yang telah mencuri hati wanita di seluruh Malaysia, Jovian Ready-To-Wear ingin teruskan kerjasama dengan Lisa Surihani sekali lagi dengan kemunculan koleksi terbarunya yang dikenali ramai iaitu “Lisa Surihani for Jovian 2.0”.
Edisi yang kedua ini memberi gadis moden dilihat cantik dengan trend yang terkini menerusi sikap “funky” yang dimiliki oleh Lisa Surihani. Dengan menerapkan gayanya dalam koleksi ini, perhiasan dan potongan baju yang dipilih semestinya memberikan stail yang digemari ramai yang menawarkan pilihan yang pelbagai daripada corak optikal kepada corak yang terang dan jelas.
Dengan sokongan yang didapati daripada koleksi edisi pertama, pakaian permintaan ramai ini kembali lagi dengan 50 rekaan yang menampilkan baju kurung moden, baju peplum, split curved, soft ruffle dan potongan simetri. Tona warna yang didapati dalam koleksi ini adalah biru, kuning, ungu dan juga oren untuk memberi kesegaran dan kesesuaian untuk semua peringkat umur.
Jenis kain “crepe” digunakan sebagai kain utama koleksi ini dan ia juga kain pilihan kegemaran ramai. Dengan gaya anggun yang dimiliki dari koleksi ini, ia tentu akan mendapat perhatian orang ramai dengan suasana perayaan yang dihadapi bersama koleksi Jovian RTW ini.
Juga dinyatakan oleh Lisa Surihani, pelakon dan ikon, “Saya dan Jovian, kami tidak pernah gagal untuk memberi sokongan terhadap sesama sendiri daripada dahulu lagi. Saya berasa amat berterima kasih terhadapnya kerana meletakkan kepercayaan yang begitu mendalam terhadap saya dan bagaimana dia menyalurkan sebahagian daripada diri saya untuk orang ramai melihat menerusi koleksi ini.”
Tidak ketinggalan juga, edisi khas ini akan mengeluarkan pakaian kanak-kanak yang mengandungi 20 rekaan bersama anak perempuan Lisa Surihani yang menjadi inpirasi iaitu Yahaira Leanne. Kedua koleksi istimewa ini ialah sebuah gabungan ibu dan anak yang pasti akan menarik perhatian ramai.
Tambahan pula, koleksi ini juga mempunyai 10 rekaan hijab dan juga minyak wangi yang akan dijual di JStore dan juga di laman web Jovian pada Februari 2017.