Oktober lalu penulis berpeluang merasai kehidupan seperti warga tempatan dan mengunjungi tempat-tempat yang jarang dapat dikunjungi untuk menikmati warisan Singapura.
Sebagai pemilik jenama dan pengendali jenama tersohor di dalam industri perhotelan dan apartmen layanan penuh di Singapura, Far East Hospitality menawarkan peluang untuk menikmati pengalaman hidup sebagai warga tempatan di rangkaian hotel-hotel Village miliknya.
Sepanjang 3 hari 2 malam di Singapura, penulis berpeluang tinggal di dua buah hotel Village iaitu Village Hotel Katong dan Village Hotel Albert Court.
Terletak di kawasan penempatan warisan khusus di Singapura, setiap hotel Village akan membawa tetamunya mengenali lebih dekat tradisi dan budaya yang berbeza di wilayah-wilayah tersendiri. Village Hotel Katong, hotel utama di dalam rangkaian Village akan membuai para tetamu dengan perjalanan meneroka sejarah Peranakan Singapura. Manakala, Village Hotel Albert Court meneroka masa lalu kolonial negara, diselangseli dengan campuran India dan Peranakan yang berwarna-warni.
Village Hotel Albert Court
Village Hotel Albert Court memaparkan unsur-unsur pertembungan budaya dengan ukiran India dan Cina Selat di dinding-dinding bangunannya, yang mana adalah rumah kedai yang terbina sejak sebelum perang lagi dan masih tetap terpelihara sehingga kini. Seni bina dan reka bentuk hotel, terutamanya halamannya yang menawan, mempunyai pelbagai motif juga menyerlahkan warisan kolonial Singapura.
Paling menarik adalah lokasinya strategik dan berhampiran dengan daerah Rochor, Little India, Bugis dan Dhoby Ghaut, para tetamu Village Hotel Albert Court berkesempatan meneroka tempat-tempat ikonik seperti Pasar Mustafa 24-jam, Pasar Sungei Road, Kuil Sri Veeramakaliamman dan tempat-tempat menarik yang lain.
Bukan itu sahaja, selain pelbagai hidangan India Utara dan Selatan yang tersedia sepanjang hari di Little India, terdapat juga beberapa restoran yang menyediakan juadah lain seperti makanan Jepun, Barat, Mexico, Asia dan pelbagai lagi. Antaranya, The Ramen Stall, Rouse, Afterwit, Butter Studio, Seng Kee The Black Seed dan Paddingto House of Pancakes, kesemua ini hanya mengambil masa antara 5 hingga 20 minit sahaja dari Village Hotel Albert Court, sekaligus memudahkan anda mengisi perut yang lapar.
Sekitar Gambar Village Hotel Albert Court
Village Hotel Katong
Terletak di daerah Selat Cina yang asal dan bersejarah di timur Singapura, Village Hotel Katong melambangkan pengaruh warisan Peranakan yang kuat di sekitar daerah Joo Chiat dan Katong. Hotel ini merupakan salah satu daripada beberapa hotel yang terletak di kawasan timur Singapura, dan hanya 15 minit memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Daerah Pusat Perniagaan dan kawasan membeli-belah Orchard Road.
Village Hotel Katong membawa tetamu kembali ke masa silam dengan hiasan dan perabot tulen Peranakan. Kebanyakan senibina di kawasan itu mempunyai daya tarikan dan memaparkan kehidupan di masa lalu, dan mencerminkan pengaruh budaya Melayu, India, Arab dan Eropah yang telah mencerminkan peranan penting dalam pembentukan budaya yang unik ini.
Sekitar gambar Village Hotel Katong
Malah, para tetamu berkesempatan meneroka tempat-tempat yang jarang dikunjungi pelancong dan menikmati pemandangan melalui kawasan kejiranan yang penuh warna dengan rumah-rumah kedai yang tetap terpelihara, banglo-banglo kolonial, muzim-muzim unik yang mempamerkan setiap aspek sejarah dan budaya Peranakan.
Seterusnya untuk tetamu yang ingin meneroka kawasan melalui makanan, terdapat pelbagai masakan etnik ada di kawasan ini. Jika ingin menikmati masakan Peranakan, Nyonya Katong Laksa ataupun Nyonya Kueh Chang, makanan kegemaran India-Muslim dan Melayu juga mudah didapati di sekitar kawasan ini, sebagai contoh Nam San Otah dan House of Seafood. Inginkan kelainan, Bali Thai menyediakan juadah Thai dan Indonesia, So Pho untuk peminat makanan Vietnam, Tang Tea House pula makanan halal dari Hong Kong – kesemuanya antara 5 hingga 20 minit dari Village Hotel Katong.
Jadi, jika anda ingin rasai pengalaman sebagai warga tempatan Singapura, ini pilihan hotel terbaik mesti anda kunjungi. Paling penting senang untuk mendapatkan makanan hotel di kawasan sekitarnya.
Untuk membuat tempahan dan mengetahui info lanjut, anda boleh ke laman web rasmi www.stayfareast.com.